Monday, September 12, 2011

Demam mengada-ada

Halluuuu hunny bunny.... Lame tak bukak mendalah ni kan....

Heh! jadi babysitter tak berjaya mana ada line internet. 3G coverage pun takde. Sedih. Balik rumah Internet pun down jugak. Orang TM kate cable bawah tanah rosak. Padahal aku tau dorang saje dengki dengan aku tak bagi nak buat kerja. Sampai hati TM.

Starting besok... Or is it today? 12 sept aku dah kena start kuliah. Yeeeeeehaaa! tak happy langsung. Ada kerja tak siap lagi. 4 tajuk untuk final project yang lecturer mintak tak buat lagi even satu pun. So mood nak belajar memang kelaut.

Paling seronok aku demam before balik, Itu namanya demam mengada. Bukan sebab nak tinggal rumah. Tapi sebab malas belajar. Flu! Macam haper je. Letih tau??? Sakit hidung ye jugak.


Life aku untuk 4 bulan akan datang. bosan!! Makin tebal la spec aku. Nerdy. omaiiiigosh! BTW... Sape la roomate baru aku nanti. Harapnya tak la jenis tidur tak tutup lampu eh. menangis tak berlagu aku nanti. Nisa dah meninggalkan aku untuk bersama dengan Izi. Semoga dia bahagia dengan teman barunya. ------>(ayat orang patah hati)

Actually, aku bukan dapat kolej pun lagi. Duduk menumpang dulu. Haha. Nanti baru mintak semula. Harap-harap dapat sebab aku tak nak duduk luar. Sewa mahal. Transport takde. Lagipun kalau duduk dalam boleh bangun lambat. Hhahahaha. Itu yang penting.

Harapan sem baru...

1] Nak belajar rajin-rajin... *Ayat wajib tiap-tiap sem
2] Tak nak buat keje last minutes... *Kalau ayat ni boleh bertukar jadi duit confirm audi R8 dah ada depan rumah sebijik.
3] Nak score final... Please.. Please... Aku desprate for good pointer ni...

Tu je.. Aku tak letak harapan tinggi sebab yang tiga tu pun tak pernah tercapai dari aku diploma lagi. Haha...

p/s: Besok aku ponteng kelas. Demam la katakan. Haha. Sorry la lecturer...

3 comments:

MIERA said...

ko final year da ke wawa?

wawanubulan said...

tak ar.. second year... lecturer mintak proposal sem ni... dia mintak 4 tajuk sebab cuti 4 bulan... tapi aku tak buat...

MIERA said...

hehe.. bagus!! owh, currently ko buat degree dah la sekarang ea?