Sunday, February 27, 2011

Sungkai: Aku ditinggalkan.

Hari ni, majoriti budak BEM, termasuk Niesa pergi bersuka ria, berfoya-foya. Last2 aku kena tinggal sorang2. Heh! Salah sendiri la. Sape suruh tak nak ikut kan. Aku bukan la berlagak giler, sombong giler tak nak join aktiviti. Tapi memang hakikatnye aku berlagak, sombong, kerek. Haha! Aku baik ok! Suke ati je nak cakap macam tu. Terase tau.

Ape yang aku dengar dari Kak Wani, Sungkai tu ade air terjun dengan hot spring. Wah!!! I loike! Aku suke mandi air terjun dari mandi sungai. Mandi pantai lagi la tak. Boleh kire dengan jari je aku nak terjun laut. Dekat laut panas. Kalau air terjun sejuk je. Pastu air jatuh2 atas kepale. Memang nikmat la. Air laut ape yang bes?? Masin je lebih. Darah tinggi tau tak? Lepas tu balik mule la badan rase melekit semacam.

Aku tak sure la Sungkai tu cantik ke tak. Memang tak pernah jejak kaki pun kat sane even dulu mase dip jauh berjalan. Dorang tak tau kot Sungkai ade air terjun. Kalau tau mesti dah bawak kitorang dah. Kalau air terjun dekat Sungkai tu cantik macam ni,


Nak jugak la aku pergi. (gaye pandai berenang je). Macam ni pun bes jugak.


Haaaa. Selera sikit aku nak pergi mandi. Lepas tu aku nak pergi jalan  lalu bawah air tu. Kalau korang nak tau, ade gua dekat situ. Tak percaye pergi tengok citer Merlin. Haha~ Dang!

Lepas tu ade ape? Hot spring?? Cam ni ke?



Macam ni??? Sekarang jugak aku bagi name and bayar duit RM 15. Tapi kalau aku pergi sane, tempat tu tak cantik macam ni. aku nak buat ape?? Rugi la aku bazir hari minggu aku.

Air terjun kan?? Hmmm. Aku pernah pergi air terjun dengan kawan2 aku dulu. Awal tahun lepas. Mase tu aku part 5 lagi. Kitorang pergi Lata Mangeshkar. Huhu. Lata Mangeshkar la sangat. Aku pergi Niagra je. Tipu lagi. Aku pergi Lata Iskandar je. Kali aku tak tipu. Percaya la.


Haaa.. Aku dah kate aku tak tipu. Tu la Lata Iskandar la. Cantik kan?? Cantik kan?? Cakap la cantik. Aku rase Lata Iskandar tu cantik sangat. Sangat cantik. Cantik sangat. *DUSH!!!! get lost.



Aku tak ingat berape orang yang pegi. Tapi yang aku ingat ade 

Aku
Ajex
Maksu
Alep besar
Alep kecik
Ikhwan
Hilal
Syuk
Jemi
Haizam
Nuek
Papan
Zaim

Aku rase tu je kot yang pergi. Tak ramai. Tapi aku seronok. Aku suke keluar dengan kawan2. Aku jamin la selamat kalau keluar dengan dorang. Dorang still jaga solat even dekat mane2 pun. Calon suami tu. Kalau sape2 berminat sila call wawa di vanillachocchips@yahoo.com. 

Lata Iskandar tu on the way nak naik ke Cameron. Kalau jalan depan sikit je boleh rase suhu -1 degree celcius. Tipu! Sorry. Hehe. Tak sejuk dah Cameron sekarang. Aku je yang tak tahan sejuk. Kitorang bertolak pagi2 buta ke sane. Memang pagi la sangat. Pukul 9 janji, pukul 12 baru masing2 show up. Sabar je la. Tapi sebab kitorang menumpang orang, so kene terime la hakikat menunggu itu satu nikmat.

Sampai sane dah tengah hari. Sekejap je nak sampai ke sane. Keluar ikut tol simpang pulai lepas tu amik exit tapah ke cameron. Aku tak sure. Haha!! Sape2 nak jalan dengan aku baik bawak GPS sendiri. Sampai dekat sane, cuace ok. Takde la panas sangat. Aku rase ok je lagi nak berendam. Kawan2 yang lain lagi la. Semue macam tak pernah jumpe air. Rosila je yang tak tahan gatal. Pelik punyer perangai.

Dekat situ, cantik nak ambik gambar kahwin. Memang konpem superb. Tapi larat ke nak mendaki bukit tu?? Lain la kalau dapat hubby yang konon romantik nak angkat kau sampai atas. Memang berangan la nak dapat. Aku rase takde sape yang sanggup nak angkat orang yang berat lebih 20 kilo nak naik tangga tu.




So, Kalau la Sungkai tu tempat die tak cantik macam ni, memang sikit pun aku tak menyesal tak pergi. Lagipun, Kalau aku tak nak pergi, ade la sebabnye. Aku kan lahir bulan May. Orang yang lahir bulan May ni die punye... mmmmm.. What we call it?? Firasat eh? Macam tak kena la pulak. Tapi benda lebih kurang macam tu la. Kitorang macam boleh rase something yang akan jadi.

Aku rase kalau aku pergi Sungkai ni, aku akan jumpe katak besar. Aku kalau tak tau memang tak kisah. Tapi bila dah tau, mata mule la melilau nak cari benda tu. Dah jumpe nanti menjerit tak ingat dunia.

Moral Value: Jangan bagi tau wawa kalau tempat tu ade katak.

1 comments:

josrevalution said...

waw..best2...sungai tu..lagi air terjun tu..huhu..folo u blog..folo me ba ck tq..

need-for-speed-shift-2-unleashed-full