Friday, July 1, 2011

Jonker walk in my house...

Salut.....<----- Ni je yang aku tau selain dari bonjour..


Mase aku dalam gua dulu, aku dengan syaza ada projek pasar karat same2. Tapi sebab aku tercampak dalam gua yang takde intenet and 3g, and ja pun dah start belajar, projek pasar karat tu terbantut.

idea ni start bile kitorang pegi umah tok wan. dekat rumah dia ade tv ol'skool. Ja pun cakap "Wa amik gambar. Boleh letak kat blog." Kitorang pun start la mengumpul barang2 antik yang ade dekat rumah tokwan dan tok.

Ape yang kitorang dapat? Yay!! check it out.

1] GRANDAD CLOCK


Yeah! Ini die grandfather clock. Jam atok aku. Tapi sayang jam ni tak elok. Tengok la ape dah jadi. Cermin dah pecah. Maybe sebab kazen2 aku yang tak cukup umur dekat rumah tu. Tok pun takde cakap nak hantar service ke ape. Dah tak dapat nak di selamat kan kot. Sekarang jadi tempat letak barang. So, biar je la jadi khazanah dekat rumah tu. Lagipun, barang2 yang letak dekat bawah, attach to floor, bukan dekat tempat tinggi memang jahanam punya. Time budak2 kecik balik tangan dorang gatal je nak usik sane usik sini. So............ Buat mase sekarang biar dulu macam tu.

2] AKUPUNTAKTAUNAMEJAMNIAPE


Jam yang umur dia dah........ aku pun tak tau. 40 tahun kot seingat aku la. Tok aku pernah cakap jam ni lebih kurang la 40 tahun. Jam tu sekarang ni dah tak bergerak. Tapi still boleh guna sebab bukan guna bateri ke ape. Ade kunci dia lepas tu pusing pusing pusing then bergerak la dia. Aku tak pernah setting jam ni. Makcik aku tak percaya dekat aku. Dia takut aku bagi jahanam jam ni. Jam ni boleh bunyi2. Aku rase nak hempas je bila dia bunyi sampai 12 kali. Memekak je.

3] BASIKAL TUA


Dem..... cool giler! Basikal tu. That feroza tu belakang kire. Aku ade problem dengan basikal ni. dia sangat tinggi. Erkkk!! Aku rase aku yang pendek. Basikal ni baru dapat. Dulu, tok bagi pada someone. Tok kesian sebab dia takde transport so tok bagi la die guna dulu. Sekarang dia dah balik kampung halaman dia, dia pulang semula la baskal ni dekat tok. Tu yang ade dekat rumah. Bile nampak basikal ni aku rase macam nak menyanyi lagi basikal tua. Basikal ni ok lagi tau. Kalau takat nak masuk LTdL tu petik jari je. boleh lagi ni. Aku jamin body dia macam basikal baru. Besi dulu2 kan kuat. Letak bawah ujan 3 4 hari pun maintain tak demam.

4] TV TUA LAME


Tv lame. Yang ni aku tak tau sangat cerita dia sebab bukan dekat rumah tok aku. rumah tokwan tu aku jejak sekali sekala je. Tapi dekat rumah tok aku ade sebijik. mase aku kecik2 dulu aku selalu nampak. Body die kaler merah. Sekarang dalam stor kot. Nak kate tok jual memang mustahil la. Jangan nak tanye la macam mane nak gune tv ni. AKU MEMANG TAK TAU. Nak gatal2 tangan test pun tak rajin, tak tau nak start dari mane. So... tengok je la yang mampu. 

Sekian...... tu je barang tang kitorang berjaye discover buat mase ni. Nanti, kalau aku balik kampung, aku ambik gambar benda lain pulak. Lepas tu aku nak bukak rumah tok aku tu untuk orang ramai. Macam muzium. Nak masuk bayar 10 hengget. Camera is not allowed. Haha~

p/s: Mase tengah tulis n3 ni, ja call. Bile aku cakap aku tengah tulis n3 pasal tv umah tok wan dia kate hampeh sebab dah berkurun baru nak buat. Haha. Ade aku kisah? n3 aku bukan kau. 

2 comments:

SYZAROSLI said...

tv lame tu bole gune lg tau,tp colour black n white,
waaa,i suke entry ni!

wawanubulan said...

nanti aku balik jage anak cu, kau join ar sekaki.. kite selongkar stor tok... aku nampak dah kete merah alang cam boleh je jd khazanah kat sini..