Wednesday, November 20, 2013

Akhir tahun hampir menjelang.

Hai.. hello... 

jom check calendar... dah nak akhir tahun kan. macam cepat je masa berlalu..so... apa kata kita review apa yang dah terjadi dalam tahun ni.. erkkkk bukan sepatutnya benda camni buat dalam bulan december ke? oleh sebab aku nak update blog tapi tak tau nak cakap pasal apa, aku pun menggedik la nak buat review ni..

January
Najwa Izzati habis belajar. pencapaian yang membanggakan bila Najwa izzati ni berjaya menamatkan pengajiannya. maklumlah drama nak grad tu kalah oscar nominee. menangis sakan pasal thesis whatsoever. tapi finally aku keluar dari uitm dengan penuh kegembiraan. tak caya??? tengok gambar bawah ni. lebar gile aku senyumkann. kan.....look at the picture. paper on my hand saying that "saya akan berkahwin tahun hadapan" aminnnnnnnnnnnnnnnnn. bab bukak firm tu aku takde la excited sangat sebab takde rasa nak bukak firm sendiri. kenapa? sebab aku tak nak fikir nak kena carik duit bayar gaji orang tapi aku nak orang yang bayar gaji aku. jadilah senior manager atau senior director dalam established company. 


Febuary
Ni masa aku duduk lenggang kangkung dekat rumah dan menambahkan berat badan..takde apa pun nak cerita sebab dah nama pun duduk rumah kan. ehh kejap. ada rasanya. bulan ni aku dok ikut ayah ngah balik kelantan sebab dia nak ambik baju. so aku pergi la jalan-jalan dekat rantau panjang dengan ape tah satu lagi nama tempat shopping tu. and aku dapat la barney sekor. kikikiki. pastu aku pergi GM kelang pun sebab ayah ngah nak ambik baju jugak. tapi since aku ni penanggur berjaya, aku cuma mampu tengok je la tapi tak mampu beli. satu kedai yang cantik cun melecun dengan gm kelang tu kedai jam.


March
march ni masa aku berjimba sakan. start dengan aku pergi kenduri sepupu aku dekat bangi, then terus pergi shah alam untuk apa ntah. ambik baucer buku tak silap. then aku meraban ke icity, balik aku terus pergi jalan-jalan dekat pd and melaka sebab kenduri belah lelaki pulak. sampaikan orang panggil interview pun aku cakap sorry not at home. hihihi. ni lah bulan paling best sepanjang aku menganggur.



April
aku dah start kerja. 1.4.2013. life macam biasa jek. macam orang lain kerja. masuk 8.30 habis 5.30. bosan pun ada jugak tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit? malas cerita pasal kerja. bye!

May
may bulan najwa konvo okey. merasa jugak aku naik pentas ambik scroll. oh perlu mention ni scroll tu given by naib canselor Uitm. aku senyum sampai telinga masa ambik scroll tu. nasib baik tak jatuh. ehehhh!


June
june takde cerita sangat. aku pergi kenduri kahwin kawan-kawan. bosan?  takde makna okeh! aku mesti la happy jumpa balik kawan yang terpisah sejak berkurun yang lalu. kawan sekolah la. kawan masa dekat u tu baru berapa bulan jek tak jumpa. well pada kawan-kawan yang dah selamat berumah tangga tu semoga bahagia forever and ever and ever like a fairytales. tapi gambar dekat bawah ni kenduri kawan masa dekat you. alhamdulillah, habis belajar terus kahwin. sekarang dah pregnant dah pun..


July-october
zaman kebosanan dengan dunia. got some issues her and there. sampai tahap nak givup everything. rasa nak lari jauh-jauh duduk dalam igloo and kawan dengan polar bear. rasa nak... rasa nak.. okey masa ni emosi tak stabil so semua rasa bercampur baur. 

November
bulan ni la kan? yeahhhh!! bulan ni dah nak habis aku pun tak rasa apa-apa. dekat ofis kerja tak banyak. konon pergi holiday nak hapikan diri tapi kalau dah nama pun hidup kan. tak pernah lari dari masalah. so cara terbaik accept the problem as part of my life jek. bulan ni jugak katanya nak beli kete tapi sebab hati tak ikhlas nak beli kete, aku dengan selamba ayamnye melambat-lambatkan process dia. kalau tak sebab keje valuer ni kena keluar sana sini memang tahun depan baru aku beli.




December
coming soon. i wish the best december for me. simplenye harapan kamu najwa....

okey azam tahun baru (gile awal) nak kumpul duit banyak2 nak bayar ptptn pastu nak pergi holiday dekat greece kot-kot jumpa mamat kacak tahap greek god. maklumlah aku kan cun tahap greek goddess. okey pengsan sesaat. by the way aku guna nama athena dekat twitter (yang ni aku tak tau kenapa perlu nak mention).

last but not least. aku bosan kerja dekat company ni. tolong lah bawak daku keluar. sampai tahap aku sanggup apply kerja govt tahu sebab nak keluar dari sini..

sobssss. aku sudahi dengan linangan air mata... bye.

Tuesday, June 18, 2013

Kenapa wanita perlu bekerja

Kenal tak gambar di atas? kalau tak kenal memang pelik la. aku takde rasa nak cakap pasal Oprah pun tapi aku nak cakap dari pandangan peribadi kenapa sorang perempuan tu kena bekerja. dan macam biasa la orang besar bagi isi main guna point form jek kan.

biasanya perempuan yang dah berkahwin ni tend to berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga kan. yes. aku tak nafikan benda tu bagus. in fact berlambak lelaki kat luar tu yang prefer isteri tak bekerja ataupun kerja biasa-biasa je sebab dorang boleh nak tumpukan perhatian pada keluarga. kalau isteri pun sama busy je dengan suami acaner tu. tunggang langgang kot family tu. tapi kalau tak pandai uruskan rumah tangga la. kalau suami jadi doktor isteri arkitek? bila nak uruskan rumah tangga? tu kena la belajar okeh!

1) Aku sebagai perempuan yang berdikari kononnya mesti la nak pegang duit sendiri. tambah lagi aku ni suka membeli dan membelah jugak. takkan aku nak mengharapkan duit suami (kalau dah kahwin) 100%. let's say la kalau nak beli benda yang takde kaitan atau keperluan la contohnya sesaja nak beli kete baru ke, kasut baru ke, novel ke makan secret recipe starbuck ke. kalau setakat ikut keperluan memang la suami kena tanggung kan. tapi kalau dah sesaja gatal nak beli camne? asal nampak je nak. asal nampak je nak. tu kena la guna duit sendiri kan. satu lagi, kalau nak buat girl's days out dengan kawan-kawan. takkan nak cakap "sayang i nak duit nak berjimba dengan geng i." untuk suami yang mampu takpe. tapi kalau suami tu pun gaji setakat cukup untuk belanja keperluan takkan nak buat macam tu kan?

2) kalau dah ada anak nanti, mesti orang prefer nak jaga anak sendiri kan sebab sekarang ni dah banyak sangat kes dera kanak-kanak la, budak mati tersedak susu la. bagi aku yang tak berminat nak ada anak kecik ni, aku rasa untuk enam bulan pertama atau setahun, as the baby still 'baby', memang patut dia dijaga oleh orang yang kita percaya. contohnya mak kita ke mak mertua ke. tapi bila dah pandai berjalan tu hantar je la kat taska. baru la dorang tu berkembang sikit minda dia dan kenal orang. also it will built their confident as they meet many people outside.

3) hahhh yang ni paling penting punya point. kalau perempuan yang kerja ni, dia ada duit sendiri. so kalau satu hari nanti something bad happen contohnya suami meninggal ke, suami ada perempuan lain ke takde la kita terkontang -kanting kan. kita still ada something yang boleh support kita. kalau tak kerja lepas tu jadi seperti di atas? dah jadi baru nak cari kerja? haaaa masa tu memang sesuai la nak apply peribahasa sudah terhantuk baru terngadah. lagipun for those girl yang ada sijil tu, tak perlu la nak peram sijil korang tu. buat penat mak ayah hantar belajar je. bukan murah tau.

4) Yang ni tak penting sangat tapi boleh tahan la. Isteri zaman sekarang kena bekerja untuk membantu suami dalam menanggung perbelanjaan rumah. oleh sebab zaman sekarang ni langkah keluar rumah je dah kena guna duit, jadi pening la kepala suami-suami diluar sana nak menanggung perbelanjaan rumah. let say kalau gaji suami RM3000. 3000 duduk KL tak cukup tau. duduk kuantan entah cukup ke tak. kalau aku sorang tanpa tanggungan cukup la kot. kalau gaji suami gaji 3000, tolak bayar duit kereta, duit rumah (sewa atau loan bank), bayar bil (air, api, telefon, internet, bla bla bla) barang dapur, anak-anak, perghhhhh! cukup ke 3000? confirm tak cukup. disini la perlunya isteri untuk membantu suami. duit isteri tu boleh la nak buat cover kot-kot gaji suami tak cukup untuk bulan tu kan. kita mana tau apa yang nak jadi.

errrr sebenarnya aku dah tak tau aku melalut ke mana ni. aku pun tak draft point so nampak berterabur sangat. idea ni keluar masa aku berborak dengan kawan aku pasal one of our friend tak nak kerja. nak tunggu boyfriend dia pinang then nak spend time dengan family.

ada baik buruk dia perempuan bila bekerja ni. cam yang aku cakap tadi la. kena pandai bahagia masa la. kalau whole weekday busy, cuba la spend weekend untuk family. ramai jugak yang bekerjaya tapi boleh ada keluarga yang berkualiti. benda tu semuanya dari diri kita jugak.

pesanan terakhir penaja, marilah kita bersama-sama membina keluarga bahagia dan keluarga yang berkualiti.


Friday, May 24, 2013

bila kita dipersimpangan.

dipersimpangan!! arghhhh!!

Hai. Salut (another way to say hi in french). gambar kat atas tu horror giler bagi aku.. 

pernah tak rasa macam dalam dilema? tak tau nak buat pilihan? pernah takk? pernah tak? well that was happened just before i graduated. budak degree honours akan buat final year project which is core la sebab tak siap mende tu tak boleh grad okeh! in the mean time kita akan di supervise oleh seorang supervisor yang akan guide kita on how to do the fyp properly.

nak dijadikan cerita supervisor aku tu best la sebab dia timbalan dekan and otai la kalau bab-bab research ni. dia selalu pujuk aku untuk sambung master by research under dia sebab dia suka tajuk aku. dia kata wawa tajuk you bagus la. sekarang semua orang cakap pasal green tech. pasal retrofitting. continue la mana tau you boleh sumbang something pada negara. cewahh. bermula la adegan aku menolak pelawaan beliau. tapi sebenarnya aku tertarik jugak nak buat master tu sebab cambest jek kan. dengan supervisor yang terbaik macam tu lagi...

so selama beberapa ketika aku pun dalam dilema. sumpah aku tak sampai hati nak say no to him. i just said prof bagi saya masa untuk fikir. saya kena tanya family jugak. tapi in the end i said sorry prof i don't want to futher my study. i knew he was disspointed but i have my own reason.

that was the case and situation. 

so.............. when we face a situation like that first thing first what should we do? as for me yang suka ikut kepala sendiri of course aku akan tanya family camne tapi balik-balik aku buat keputusan ikut aku jugak. yes true better buat istikharah but i don't do that. tak pandai buat. what i did is just close my eyes and think what i want to do, i want to acheive and what is my dream. that answered my dillema.

i want to be a registered valuer so i have to sit for TPC. aku tulis seat tpc dalam entry sebelum ni. hahaha. so basically to sit for tpc we have to gain two years experience in this field and complete practical task which is macam assignment jugak la and bila board satisfy and rasa kita dah layak then they will call for interview. nampak tak journey yang aku kena lalu kalau nak jadi registered tu. jalan yang berliku-liku. cewahh ayat nak gempak. cuba bayangkan kalau buat master by research while working. oh no! i don't have time for that. nak keluar buat inspection, buat report then log book lagi. so bila nak keluar cari bahan untuk research master tu? dalam mimpi? kalau buat full time master pulak lagi rugi masa sebab nak gain two years experience tu kan.kan kan kan....

itulah jawapan bernas aku pada supervisor aku tu. bila reslut keluar hari tu aku pun hantar la sms berkajang cakap terima kasih for the guidance and sorry to dissapoint him. and he said ok. good luck. fuhhh! lega aku dengar. and pasal sambung master tu macam berkubur je la jawabnya and aku let go je la isu yang hangat tu sekarang ni. cehhhhh.....

master tu penting kalau nak jadi lecturer. kalau tak nak, tak nak sambung master pun takpe.

jadi marilah kita menutup sidang bernas saya ni dengan satu lagu...

follow your heart
your intuition
it will lead you in the right direction
let go of your mind
your intuition
is easy to find
just follow your heart baby.


Saturday, March 30, 2013

mari bekerja


yes!!! itu dia.. setelah berbelas tahun najwa izzati belajar kini dia akan mula bekerja... huuu gempak gitu... adakah aku akan mejadi busy seperti gambar diATaS???

of coz la jawapan dia no! tidak! nehi. hahaha. starting 1 april 2013 i'll start working as valuer at one of the valuation firm in kuantan. oh before i forget for those yang rasa berangan nak kerja gaji riban-riban dengan jadi valuer sila lupakan je mimpi disiang hari. nak kaya jadi estate agent okeh??

macam mana kerja??

untuk dua bulan pertama ni aku akan follow senior valuer dulu.. maklumlah takde kete kan. tapi aku hairan la macam mana aku boleh dapat kerja tu. aku pergi interview lewat lima belas minit okeh! LIMA BELAS MINIT!!!! tapi dah rezeki kot. dah la resume aku cam hampeh and paling penting orang tu tanye awak ada bawak gambar tak. aku geleng je. transport penting okey kalau nak kerja dengan private firm sebab kita kena pergi buat inspection atau jumpa client (ni kalau estate agent.)

cara kerja pulak depend dengan company ni. ni untuk valuation saje okey. sebab estate agent memang dah anture kerja dia selalu keluar cari client. ada yang kena keluar buat marketing sendiri. maknanya dia kena keluar untuk cari case sendiri and kalau tak dapat case maknanya takde gaji la bulan tu. bukan setakat cari case sendiri tapi kena buat title search sendiri, pergi jupem sendiri, lukis pelan sendiri, fee pun sendiri and binding pun sendiri. tu orang cerita la sebab masa praktikal dulu takde macam tu. biasanya bank akan hantar instruction and valuer just buat report. company ada office boy yang akan pergi buat title search and lukis pelan and binding jugak. easy kan. so kalau nak hidup senang cari lah company yang dah establish and panel bank dorang dah berkajang-kajang. masa tu case yang cari kita bukan kita cari case.

so... company yang aku nak kerja ni?? it's one of the establish company so i don't have to worry about nak kena buat marketing on my own. fuhhh lega eden. and paling penting tak payah nak cas ayu nak pakai baju kurung. buat berlengas je. sebab kalau nak keluar terkejar-kejar nak ukur bangunan tu susah je. pakai seluar lagi senang. jangan nak pakai skirt pendek pulak sebab kalau pakai skirt nak kena masuk lalang kang buat gatal peha jek.

nak tau soalan interview?

boss tu paling gempak kot. aku beria call kawan aku yang kerja kat hq nak tanya masa interview dorang tanya apa. dia pun cakap la orang tu tanya dia camne nak buat marketing. macam mana nak buat report. aku pun gagah la tengok sikit-sikit sebab dah lupa kan. alih-alih boss tanya awak nak buat tpc tak? kenapa tak apply kerja dengan government. caiitt soalan takde dalam sylibus. (biasa firm akan tanya nak buat tpc ke tak)

jawapan aku??

saya nak buat tpc. tu. tpc tu adalah test of professional competence. sapa nak dapat lesen besar kena seat la tpc. macam arkitek nak dapat title Ar and engineer nak dapat title Ir. kalau valuer dapat title Sr. gitu... nak seat ni takde la susah mana cuma kena komited sebabnya dia kena buat log book untuk 2 years and ada assignment yang kena buat. ini kalau dah kerja memang kelaut la jawapannya semua benda ni. trust me. after board of valuer puas hati baru dorang akan panggil untuk interview pulak and JARANG-JARANG ada orang lulus interview dengan sekali pergi jek.

so sila la doakan aku berjaya buat tpc sebelum umur 30 okeh. amin.

semoga aku dapat kerja baik-baik. and one more thing aku ni pemalas sikit. so aku rasa lama la aku kerja dekat company tu sebab bila dah stick kat situ, aku dah malas nak tukar-tukar dah.

p/s : rajin pulak aku cek blog kan. *tetibe. oh blog i miss you. muah muah.

Wednesday, December 26, 2012

last payperrr and merry x'mas


holla bebeh.. sekarang aku tengah minggu exam. yuhuuu. takde kelas. tak payah bangun awal. aku punya tidur sampaikan leher aku sakit tak boleh nak pusing. dah gaya robot dah aku duduk tegak semacam. hahaha. pastu boleh pulak buat hal bangun tidur takde air. memang rasa nak mengamuk la kat jba tu,

okeh. before we start everthing.. meh nyanyi dulu

it's the most beautiful time of the year
running through the street spreading so much cheer
i should be playing in the winter snow
but imma be under the mistletoe
Word on the street that it’s coming tonight,
Reindeer’s flying in the sky so high
I should be playing in the winter snow
But I’mma be under the mistletoe
like usual, jadual exam just for reminder

4 jan   EMT 657 2.45pm - 5.45pm
7 jan   EMT 654  2.15pm - 5.15pm
12 jan EMT 651 9am - 12noon
17 jan EMT 622 2.15pm - 5.15pm

paper first paper building. terbaikkk. aku tak suka building maintenance and management. oh. cakap pasal building maintenance ni, rang undang undang strata management dah lulus and position sebagai property management dah dibuka kepada semua. walaupun secara ikhlas tulus dari hati *cewah aku tak de la aim nak jadi property management, tapi aku kesian pada kawan-kawan aku yang lain yang sekarang ni terpaksa bersaing untuk position tu dengan professional yang lain.

okeh cukup pasal tu. sebenarnya nak cakap je hati ini bahagia kerana ini sudah semester terkahir. yuuuuu. i loike. lepas ni dah tak payah fikir pasal nak belajar, nak periksa. tapi for sure la kita dah lepas satu moment yang paling best dalam hidup kan. tapi as human being, we need to move on to another chapter of the life kan. biasa la tu. dah nama pun lumrah.

harapan aku dalam sem akhir ni, aku nak yang terbaik kan. thesis alhamdulillah dah lepas even result tu aku tak yakin nak dapat ok. janji lulus sudah. *saya nak a prof! nak naikkan pointer. dalam aku sibuk nak dapat pointer paling gempak, aku rasa carry mark aku tak la ohsem mana pun. especially emt 654. nampaknya aku kena study beria la kan.

semoga berjaya wawa. bye bye. aku suka takde intro and conclusion properly kan.

# malas nak buat resume nak mintak kerja.

# merry x'mas to my friend nancy sulau and to all. and specially to my fav artist. hahaha. let's kiss under the mistletoe for never ending relationship. oppps




Friday, November 2, 2012

saya rindu sekolah saye...

Seperti biase tanpa kata alu-aluan tanpa intro aku nak terus masuk pada cerita aku.. lama tak tulis dekat sini buat aku biol kejap nak fikir ayat. masa cuti raya korban yang mengorbankan diri au tu, budak-budak sekolah aku buat reunion. pergi sekolah lama aku. aku of cox la tak join sebab aku lambat dapat info kalau bab-bab reunion ni. bile tengok gambar rasa macam rindu je.. tuihhh! haha. tapi betul pe rindu sekolah. sebab masa sekolah boleh main-main. tak payah fikir pointer nak kene jage. tak payah fikir fyp yang dah gaya paperwork nak buat bangunan nombor 1 aling tinggi dekat dunia. tak payah fikir nak carik kerja. senang citer semua tak payah la. duduk main kejar-kejar dengan kawan je.


balik pada kisah sekolah aku tu, aku batch nombor 4 dekat sekolah tu. kire sekolah aku tu muda belia lagi la kan kan kan.. aku rasa tiap-tiap awal tahun je mesti aku telefon rumah menangis-nangis nak tukar sekolah. tapi last-last sampai form 5 jugak aku stay dekat situ. sebabnya aku tak nak tukar sekolah seri jengka yang aku rasa tak berapa nak gempak. aku bajet sekolah aku cool la mase tu. 

masa aku sekolah dulu, aku rajin pergi ambik markah kecerian kelas sebab malas nak belajar. sebab kelas aku sebelah bilik guru je so aku pun rajin la pergi menempek semata-mata nak mintak borang keceriaan tu. padahal nak pegi ushar junior comel-comel sebenarnya. ke nak usha senior aku tu. entah yang mane satu tapi aku memang rajin la. kalau ada xtvt gotong royong ke ape ke memang aku rajin. jangan sukan je. lagi lagi merentas desa. memang aku malas tahap gaban. tengok badan la.....

bab belajar aku tak banyak benda nak ingat sangat sebab aku tak pandai sangat pun. so cikgu pun takde la suka sangat kat aku. lagi-lagi mase aku form 4 aku masuk kelas budak degil sikit. lagi la cikgu tak suka. ada sorang cikgu tu panggil kelas kitorang zoo. sebab bising kot. muka aku gaye binantang ke???? arghhh! tension. lepas tu bila time nak buat kelas tambahan, kelas aku mesti terkecuali. aku pun tak tau kenapa. pilih nak jadi pengawas pun macam tu. so kitorang join kelas tambahan yang biasa-biasa je yang cikgu buat untuk cukupkan syarat. yang gempak-gempak tu kelas aku tak dapat join pun. 

ohhh! budak kelas aku selalu kena marah sebab meniru waktu exam. aku pun kena marah sebab bagi orang tiru. aku kan baik hati.... kalau orang mintak aku bagi je la. pastu kantoi.... padan muka.. budak kelas aku jugak selalu kena marah sebab markah exam tak pernah ok. aku pun termasuk la dalam list tu.. add maths aku tak pernah lulus kecuali spm. aku pun tak paham kenapa aku bengap sangat zaman dulu kala.


banyak lagi cikgu lama aku yang ngajar kat situ rupenya. sekarang sekolah aku dah ada graduation macam mrsm tu. perghhh! kalau tak merasa aku pakai jubah awal-awal. ini tak tunggu diploma baru nak pakai jubah. hampeh sungguh la. cikgu lain kali buat la awal-awal...... saya nak merasa jugak pakai jubah kaler hijau. nak jugak merasa baling topi kat tengah dataran kejat tu. dataran kejat kitorang sangat luas sampai nak buat pertangdingan kawad kat situ pun boleh tau. tempat strategik giler sebab sebelah kantin. kalau dahaga boleh terus je minum air kat kantin. 


aku tengok sekolah aku dah ada susur gajah sekarang. zaman dulu aku berpanas tau pergi sekolah! tu sebab aku berjaya kot. hahaha ayat tak boleh blah! 

malas nak tulis dah sebab takde kenangan best pun nak share. saje nak update update + bosan hadap thesis. semoga thesis siap on time dan lulus dengan jayanya. 30 bangunan tau menapak nak collect data. 

byeeeeeeeeeeeeeeeee. time for smarties.. nyum nyum..


Wednesday, September 5, 2012

Semester terakhir

Alhamdulillah dah menjejak ke semester akhir degree. semoga grad on time. Paling syok last sem macam ni jadual dah tak pack. maknanya banyak masa free tu boleh la pergi jogging ye cek wawa. Hahaha. berat badan dah naik ke tahap obes sebab asyik makan je masa duduk rumah dulu. maklum la dah nama pun raya kan. harus telan makanan tak sedar diri. salah sape? of coz salah diri sendiri takkan nak salahkan syaitan-syaitan yang dah terlepas tu kan.

Jadual sem ni???


Blast!!!

ingatkan isnin takde kelas boleh la balik rumah kan. tapi teringat pulak tok kata "Jangan kerja nak balik je. buat habis duit" tok ni macam tau-tau je. bagi la can cucu dia ni duduk rumah. sem lepas sangat crazy bila aku cuma balik masa mid term je. hari gawai tak balik. cuti sem panjang ni pun duduk rumah 3 minggu je. yang lain semua spend time dekat shah alam untuk buat fyp even sebenarnya tak siap pun fyp tu. hahaha.

apaper pun good luck wawa!!

Sunday, June 17, 2012

Study week in Shah Alam.

Sekarang dah musim bunga = study week untuk student uitm (Jumaat ni baru start sebenarnya). Kalau ikutkan, ini la minggu paling heaven untuk aku sebab tak perlu nak kena pergi kelas segala. Tapi ada jugak certain orang yang anggap ini minggu yang paling giler sebab nak pulun study. Betul la tu. Sebab tu adanya study week ni. Ini bagi masa dekat student-student degil macam aku ni study. Selama 14 minggu sebelum ni tak reti nak study kan.

Seingat aku kan, 3 sem aku dekat shah Alam, aku tak balik masa study week. Kalau balik pun sekejap je. Ke tak balik terus eh? Entah tak ingat. Tapi yang lainnya amalan aku sejak-sejak duduk Shah Alam ni, aku pergi study dekat fac. Gempak gitu jah. Masa dekat Perak dulu aku study dalam bilik je. Atas katil sorang-sorang. Kalau tak pun dengan Ajex and maksu tapi masa tu kitorang buat benda lain lagi banyak dari study. Kira kitorang study cara berhemah la tu. *puke!

But then bila datang Shah Alam, aku join dorang study dekat fac. Masa part 3 tu takde la lagi sebab Nisa ada dengan aku kat bilik. Lagipun masa part 3 kan aku tengah meroyan lagi tak dapat nak sesuaikan diri dekat sini. Cuma pernah la sekali study dekat tasik dengan Wany, Jue, Madi, Iewan and Nazri. Bila masuk part 4 meroyan aku dah okeh then time study week kitorang pun start la berkampung dekat fac. 

Best jugak sebenarnya bila study ramai-ramai ni. it started when we did empex. Stay dekat fac ramai-ramai to complete the work. Lepas tu terus sampai ke study week. Takde la biol study sorang-sorang. Tak paham terus boleh tanya pada orang lain kan. Bila dah bercampur banyak kepala ni, idea dia masuk lebih sikit. Kan? Kan? Tak paham terus je pergi jumpa lecturer. Senang gitu. Takde la tak paham nanti nak kena siap-siap tukar baju cantik-cantik nak pergi jumpa lecturer. Itu pun kalau rajin sebab kolej jauh beribu batu nak ke fac.


Paling best sebenarnya time ramai-ramai ni adalah makanan. Hahaha. Niat tak baik. Tapi masa empex dulu Nazri ada bawak kek pisang yang sedapnya sampai aku terkenang-kenang sampai sekarang. Makcik mana la yang buat kek pisang tu kan. Paling latest semalam kawan-kawan aku bertapa dekat fac siap buat puding cocktail lagi. Ada pizza bagai. Tapi hampeh takde invitation pun. Kijammmm!!!  


Aku tak sabar nak tunggu study week boleh study ramai-ramai. Ada la penarik untuk aku study tambah lagi sejak duduk rumah sewa ni aku takde private space. Nak study atas katil memang tak la sebab panas dia gaye dalam oven je. Ruang tamu macam tak practical sebab housemate aku dah conquer nak buat assessment dorang. So cara paling best adalah lari pergi fac la. Eh macam pelarian je pulak.

Jadual exam sem ni. 
27 June - emt 612 - 9am to 12 noon.
1 Jul - emt 618 - 2.15pm to 5.15pm
5 Jul - emt 611 - 2.15pm to 5.15pm
8 Jul - emt 614 - 2.15pm to 5.15pm
15 Jul - emt 617 - 9am to 12noon.

Cantik ah tak ganggu jadual aku tengok bola. Sebab dah gap lama kan so takde masalah kalau aku nak tengok bola malam final pun. HAhaha. Terima kasih department. I love you. Muahhh!

Last but not least, aku nak share something. Smile for everthing happened to you guys. keep holding on bak kata Avril.

Bye.

Saturday, June 16, 2012

Pengurusan ladang vs Pengurusan hartanah

Hai Bonjour. Tetiba terasa nak mengupdate pasal kos sendiri. Walaupun takde la segempak kos engineering, architecture apetah lagi medic ataupun angkasawan, tapi aku rase okeh je bernaung bawah department ni. Lagipun dalam faculty tu, aku rasa aku la yang paling relax *hanya aku sebab orang lain kata dorang banyak kerja.*




itu antara ladang yang bakal aku uruskan. seronok kan? sape kata kos aku tak best. *fine aku tipu jek. 

Tapi kalau buat program kat sekolah-sekolah, budak-budak tau nak jadi engineer, doktor, pegawai bank, saintis. Perghh! Macam nak lempang je sekor-sekor. Even aku dulu pun macam tu jugak. Tapi tiba-tiba aku terdapat tau yang jadi agent hartanah tu banyak duit. Aku pun apply la kos pengurusan hartanah atau dalam english nya estate management. Konon nak kerja nanti banyak duit. Bila dah masuk line ni aku nampak benda lain. Ada valuation dan property management which is core line kitorang. Biasanya student yang grad akan pergi practise 3 benda ni. But then, as time goes on, aku realized lagi yang banyak tempat yang boleh sumbat student kitorang. Fund manager, Property development etc and semua tu sebenarnya sangat fun. Fund manager tu banyak duit tau. Asal ada kaitan dengan property je boleh la nak mencelah. Cth: Tabung haji, MAS, Sime darby, Guthrie, etc.

Tapi ramai yang salah anggap bila aku sebut estate management tu orang ingat pengurusan ladang. Biasanya aku ia kan je. malam nak menjawab panjang-panjang kan. Hahaha. Masa mula-mula aku terangkan la dekat dorang kos aku ni bukan ladang tapi lama-lama aku dah malas. Bukan merajuk ke apa tapi rasa macam tak penting je. Bukan orang berminat nak join pun. Sebab kalau under FSPU tu, orang nampak architecture je. ID and landscape. Memang la orang tak nampak kos estate management, quantity surveying (Ukur bahan which orang pernah tanya ape? GUBAHAN. Lempang kang! Tapi kalau somebody tu familiar dengan construction field, nama-nama macam contractor, QS, valuer, estate agent, project manager memang tak asing la. Dorang memang kenal. Tak kenal baik tukar jadi pereka fesyen. Vera wang!

Kos aku tak la susah mana compare dengan kos lain *Bagi aku la* Sebab aku ada banyak masa nak relax-relax, orang lain tunggang langgang buat kerja aku tunggang langgang tengok movie. So basically memang Enjoy memanjang la. Tapi dia depend pada orang kot. AKu bukan la jenis banyak kerja nak kalut-kalut buat. Aku cool.. Besok nak hantar hari ni baru tercirit nak cari bahan. Tu yang aku relax. Sape-sape rasa nak relax macam aku sila la join kos ni. sangat-sangat la dialu-alukan tapi aku prefer kalau orang start dari diploma estate managent. Ini kes uitm la sebab aku student uitm. Bagi aku kalau dari diploma, ilmu kita macam advance sikit. lagi-lagi tang praktikal tu. Aku diploma praktikan satu sem = 16 weeks. Degree ni dorang cuma practikal sebulan lebih je. bagi aku time praktikal sangat banyak benda baru yang kita belajar.

local univercity yang diiktiraf oleh board of valuer adalah UiTM, UTM, UTHM, UM. dan universiti luar negara adalah negara-negara dari UK, New zealand, Singapore, Australia, Canada. *ini kena check dari board sebab kalau tak nanti qualification kita tak diiktiraf. kan dah sia-sia je belajar tapi rasanya kos lain pun kena check jugak kos tu diiktiraf di malaysia atau tak. Ini penting kalau kita berniat untuk bekerja di malaysia. Kalau rasa nak kerja oversea tu ikut pandai la nak belajar kat mana-mana. Board tak boleh larang. Dan dia pun takkan larang sebab bukan guna duit dia pun.

Erkk? Macam bagi ceramah je. Rasanya cukup la nak promote kos yang biasa-biasa dimata orang ramai ni. Aku tak pedulik orang kata kos ni entah apa-apa or whatever janji aku seronok and tak payah nak pening-pening macam budak enginnering, architecture, medic. Lagipun aku tak berapa pandai nak join professional yang lain tu so this is the best choice which i can never regret to join this line. Conclusion dia, kos aku bukan la pengurusan ladang. It's hartanah. Harta tanah which is a very exciting course to join. *wink wink.


For more info kindly refer to this link

BOVAEA - board of valuer appraisar and estate agent
Inspen - inspen (pusat latihan dan penylidikan) - 


Last but not least, ladang yang paling penting aku nak kena jaga. Hahaha. 

p/s: lecturer aku cakap, kalau nak banyak duit kerja la jadi agent. Agent insurance, estate agent. atau mane-mana kerja yang salary dia base on comission memang nak apat 5 angka tiap-tiap bulan tu tak mustahil tapi kena rajinla.

Saturday, April 21, 2012

Perbezaan budak zaman sekarang dengan zaman dulu

First of all saya nak mintak maaf sebab entry kali ni memang boleh buat orang terasa. Tapi saje-saje gatal nak buat jugak pasal benda yang saya sangat-sangat tak suka dalam kalangan budak-budak zaman sekarang. 

Biasanya kalau kita datang dari family yang ramai, dah tentu la macam-macam ragam yang kita boleh tengok kan. Aku rase nak mengimbau zaman kecik-kecik slash kanak-kanak riang tu lagi best kalau guna aku. Baru nampak dekat dihati kan... 



Mase zaman aku kecik dulu aku boleh kira degil tahap nak kena lempang 3x sehari. Bukan aku je la. Ade jugak dua tiga orang sepupu aku yang perangai lebih kurang. Suka mengundang kemarahan orang lain. So, bila kitorang buat degil, selalu je kena pukul dengan rotan tu. Tapi kalau yang zaman sekarang ni aku tengok takdenya rotan nak naik. Takat tegur dengan mulut je.

Kalau dulu bila buat salah tak tunggu mak bapak sendiri bantai, makcik-makcik dulu yang pergi cubit. Sekarang kalau kita cubit anak dia pun dah buat sesi pandang-pandang jeling-jeling.

Kalau dulu datang rumah orang nak gerak sikit pun takut. Apetah lagi nak sentuh barang-barang dalam rumah tu. Tapi sekarang bukan takat sentuh, buat gaya reta sendiri pun ade. Tapi still takde nak pukul sampai lebam pun.

Kau marah anak aku kenapa... Hiahhhh!!
Kalau dulu nak terbungkang tengok tv, tak tolong orang buat kerja even mase tu baru besar kancil mesti kena perli pedas-pedas. Lepas tu kena membebel sampai taik telinga pun boleh cair. Tapi sekarang aku tengok dorang berkampung depan tv dari bangun tidur samapi nak tidur balik. Kalau tegur suruh buat kerja orang kata 'takpe la. takkan nak suruh budak kecik buat kerja pulak.' Biassssss..

Kalau dulu time orang duduk buat kerja kitorang berkumpul dalam bilik mesti kena marah. Tapi sekarang takpe kot. Orang tak cakap ape pun.

Kalau dulu kitorang kurang ajar konpem cili kena tenyeh kat mulut. Tapi sekarang dorang boleh cakap aku kau dengan kami-kami yang dah menjengah usia tua dewasa ni. 

Kalau dulu handphone pun tak pernah jumpa. Tapi budak sekarang kecik-kecik dah ade handphone sendiri. Tak cukup dengan tu sibuk buat handphone orang tu macam hak milik persendirian. Juga termasuk laptop. Siap dengan selamba badak main tukar password gaya lappy sendiri. Dah la password baru tak nak bagitau pulak tu.

Dan sekarang mereka dengan selamba badaknya boleh pijak kepala kami-kami warga emas ni tanpa perlu risau ape-ape. Termasuk main ludah aje kat kami-kami.Ye la kalau kitorang marah for sure mak-mak mereka marah kitorang balik kan? 

Kenapa benda ni terjadi? Tepukla dada tanya la hati. Hahahaha. 

Saya pun tak sure kenapa benda ni terjadi. Mungkin bila sampai zaman anak mereka, mereka dah tak mampu nak marah. Ye la dulu anak orang kan. So boleh la nak marah sesuka hati. Anak sendiri haruslah ditatang macam minyak yang dah nak melimpah. Saya cuma bercakap dari apa yang saya lihat dan dengar.

Mana keadilannya?? 


Saya yang small heart.

p/s: Ayat gaya skema nak mati je tapi tunggang langgang.

Sunday, April 15, 2012

Style rambut yang stylo milo

Hollla.... I just cut my hair. Ala-ala retiss gitu tau. Tapi saya selalu potong rambut pendek sebab senang nak jaga. LAgipun rambut saya nipis dan suka buat drama dan cinta pun berguguran. So kasi pendek je la nak senang. Orang kedai tu pun cakap kalau rambut panjang, dia jadi berat and nanti nampak sangat macam botak.

Saya sebenarnya teringin jugak nak rambut panjang-panjang dan bergaya macam orang lain. Tapi cita-cita saya tak pernah kesampaian. Rambut yang menjadi idaman saya dah tentu tentu la rambut taylor swift. Rambut dia sangat-sangat cantik sampai saya rasa nak je pergi mintak rambut dia letak atas kepala saya.







Saya memang suka taylor swift. Tapi hati saya berkecai bile dengar gosip dia dengan lelaki yang saya suka. Sob.. Sob.. *kesat air mata* Awak... saya kecewa.. haha


Tapi rambut budak kecik yang saya tak tau name tu sangat-sangat la menarik minat saya. Kalau la rambut saya selebat hujan dimusim tengkujuh memang saya akan buat. Tengok la nanti saya pergi yun nam hair care kot-kot dapat lebatkan rambut balik. Baru boleh fikir nak baut rambut macam mane.

Saturday, April 14, 2012

Mari merepek versi bosan nak mati ni

Sekarang ni semua orang dah start busy dengan assignment masing-masing. Aku sorang je yang masih mampu nak bergumbira sakan tengok-tengok tv, online 24/7. Aku takde kerja ke? Jawapannya dah tentu la ade. Cuma mood nak buat kerja tu je tak sampai lagi. Lagipun relax-relax sudah. Ape nak stress kasi pecah kepala kan. nanti tak awet muda la. *aku stress jugak sebenarnya. Haha

Tapi walaupun tak buat kerja, aku masih lagi kebosanan. Ye la.. Takkan nak online aje. Mau termuntah hijau nanti. Nak keluar takde transport. kawan-kawan selalu busy. Aishhh....Kot dapat tengok wayang 4 5 cerita pun bagus jugak. Battleship dah keluar and sumer orang kata best. Wrath of the titans pun tak tengok lagi. Mirror Mirror. Aishhh. Aku meamng duduk dalam gua.

Jadi untuk menghilangkan kebosanan tu aku pun pergi la Taman Botani Shah Alam mase cuti pertabalan agong tu. MAsuk cuma bayar RM 3. tapi kalau nak naik basikal tu baik la datang awal pagi. Kitorang datang pukul 8 lebih pun basikal dah habis. Nak lagi senang datang la dgn basikal sendiri. Kalau nak masuk rumah 4 musim, memancing  kena bayar lain. Kitorang masuk pergi jalan-jalan je. Tak pergi pun tempat-tempat yang kena additional charge.









Should i say this is pre acedemic trip? sebab 16 april sampai 19 april kitorang nak pergi taman negara pahang. Ni aktiviti warm up la ni. Sejak-sejak duduk Shah Alam ni jauh aku melangkah untuk akedemik trip. Sebab dapat claim duit tapa.

Semoga kami selamat pergi dan selamat balik mase dekat Taman Negara nanti. Amin.....

Tuesday, March 20, 2012

Ape cerita indah bila bukak sem baru?

Bape hari siapkan chapter 1 dengan 2 tibe-tibe kene tukar tajuk..

terime kasih. Saya terima segalanya dengan redha.
















Ahahh! ni semua salah cuti yang berbulan-bulan tu la. Otak macam beku semacam je. Dalam kepala terbayang Marina Bay yang macam cantik. Resort World pun tak sempat tour habis lagi. Nak pergi duit takde. Bile ye boleh pergi sane? *Saje nak tukar topik sebab tamau fikir pasal tajuk fyp yang kena reject. 

I miss my old time where i can enjoy my life 24/7...being a kid give you 1000000 advantages and fun too...

Saturday, January 21, 2012

Aktiviti habis exam.

Oleh kerana exam dah habis, of coz dah tak payah belajar dah kan. Tunggu sem depan pulak kalau nak belajar pun. Tak payah nak tunjuk rajin sangat la duduk kat rumah tu. Kita tengok vanilla coklat je eh cuti ni?

Aktiviti lain yang aku nak buat dah tentu hobi yang dah lama aku tinggal. Main violin. Yeahhh. baby i miss you. Cuti ni saya janji tak berpisah dengan awak. Hahaha. Kot kalau rajin kita buat music video. Yayy!! Tak sabarnya nak balik!!


*Aku tak tau pun main violin sebenarnya. Haha

Monday, January 9, 2012

Mari Menjawab Exam anda.

Wednesday, December 21, 2011

Hadiah krismas yang belated kot...

Jingle bell..... Kat rumah dah ade pokok krismas dah sebijik. Nak tunggu santa datang hantar hadiah je. (nampak ngat menipunye)

Ni pasal voucher buku RM 200. Bile fikir-fikir balik, buku ape yang aku nak beli gune duit tu. Sebab secara logiknya course aku takde la memerlukan buku yang tebal lagi mahal harganya. Sebab, kitorang gune buku dari banyak sources. Sikit dekat sini, sikit dekat sana. Kire kitorang takde buku teks la. Cam sekolah dulu tu.  So nak beli sebijik tu cam malas la pulak. Benda nak guna sikit je. kadang tu satu chapter je. Dua ke tiga ke.

Tapi, dorang kate  boleh guna untuk beli buku akedemik, ilmiah, journal, stationary...etc yang berkaitan la.

So, tetibe, aku teringat balik satu buku yang aku gile babeng nak.

1] A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad


Oh man... Aku suke gila sama ini ex pm. dulu mase aku belajar, koko aku ambik pemikiran mahathir tau. Oleh kerana buku ini berharga RM 100, aku pun tak nak la beli. Bukan tak nak. Tapi tunggu aku kumpul duit dulu. Hahahahahahaha. *Terpaksa gelak panjang. Aku tak pernah terasa nak beli buku yang harga mahal-mahal guna duit sendiri.

2] 100 Marvels of the modern world


Buku ni pun tak silap aku RM100 jugak. Aku tak tau kenapa aku nak beli buku ni. Tapi.......................... Aku kan suka tengok design bangunan. Sebab tu kot aku tertarik dengan buku ni.

Kalau ikut perkiraan dan congakan dari otak smart aku ni, jumlah harga yang patut dibayar untuk dua buku ni 200 la kan? *Tapi kalau guna kad popular boleh dapat diskaun kan? 

So agak-agak, kalau beli buku ni boleh tak? 

Bole la.... Bole la... Bole la... Please... 

Nak sangat-sangat buku ni. Nak mintak letak atas dulang hantaran cam tak kena la pulak. 

Buku ni buku ilmiah ape. Aku kan student architecture...... Errr. Archituecture, planning and surveying punya faculty. So kire ok la kan? 

btw.... Sape2 yang rase dia student IPTA/IPTS korang jangan buat2 lupe korang boleh dapat duit 200 buat beli buku. *boucer actually. Tak boleh tukar jadi cash eh.

For more info sila la bace sendiri dekat sini ye.....point nombor 8 tu point paling penting tau.

voucher tu boleh tuntut in january sebab tu aku kate hadiah krismas yang dah belated. 

Semoga, buku yang selama ni aku nampak tersusun gah cantik dekat rak MPH akan berjaya dimasukkan kedalam plastik dan dibawa pulang ke rumah aku dengan selamat dan jayanya. 

Sekian terima kasih. Dan maafkan aku atas ke'skema'an ayat bm aku hari ni. 

Monday, December 12, 2011

Arkitek ternama abad ini punye kerja...

Seperti biasa, tanpa mukadimah.... aku nak stori pasal aku punye projek mega giga. Memang gempak gila la. *konon je.

Selama dua hari aku bertapa dekat kelang bandar di raja. Mula ingt dapat la jumpe raja tapi sebab aku cuma rakyat biasa tak boleh nak masuk istana sesuka hati mak nenek aku, aku pun tidur la dekat rumah jue. 

Seminggu ni, aku meroyan sorang-sorang dengan financial untuk projek re-development kitorang. *aku sekarang developer berjaya. Dan aku sebagai financial controller *bangge sebut jawatan aku, terpaksa la bersusah payah mengira costing dan profit untuk projek mega kitorang tu. sampai tahap dorang samekan aku dengan mamat ni


Lepas settle financial, aku tolong dorang wat model. Macam Miranda Kerr, Adrianna Lima tu. 2 hari jugak la nak menyiap kan menda alah tu. Aku just tolong sikit-sikit je. Tapi crucial part macam nak buat structure building tu memang usaha Wani, Jue dan Kak Wani sepenuhnya. Aku jadi landscape architect je. Taman-taman aku la yang buat. Hahaha.

So, hasil dua  malam berjaga adalah sangat-sangat gempak. Kitorang je la yang ras macam tu sebab usaha sendiri kan. Takkan nak kata buruk pulak. Tapi Mr. CEO pun puas hati, kitorang pun menarik nafas lega la.

Ape yang aku wat???
















.......................


















Poster by abg Yie... Tapi Mr CEO reject. So kitorang tukar jadi brochure...Cool! Simple je. Abg Yie the best la... Memang beyond compare... Tapi aku ade ubah sikit-sikit la sebab aku ade salah bagi info dekat dia hari tu.


Last but not least.... Malu nak tunjuk tapi ni another side of brochure kitorang. Errrr. Yang ni bukan beyond compare. Ni nothing to compare. Aku yang buat. Even tak setaraf dengan yang kat atas tapi kire on je la.


Done!! Habis sesi membangga diri. Hahaha. Dijemput hadir ke Estate Management Exhebition (EMPEX) pada 14 december 2011. Back to december all the time....