Saturday, April 14, 2012

Mari merepek versi bosan nak mati ni

Sekarang ni semua orang dah start busy dengan assignment masing-masing. Aku sorang je yang masih mampu nak bergumbira sakan tengok-tengok tv, online 24/7. Aku takde kerja ke? Jawapannya dah tentu la ade. Cuma mood nak buat kerja tu je tak sampai lagi. Lagipun relax-relax sudah. Ape nak stress kasi pecah kepala kan. nanti tak awet muda la. *aku stress jugak sebenarnya. Haha

Tapi walaupun tak buat kerja, aku masih lagi kebosanan. Ye la.. Takkan nak online aje. Mau termuntah hijau nanti. Nak keluar takde transport. kawan-kawan selalu busy. Aishhh....Kot dapat tengok wayang 4 5 cerita pun bagus jugak. Battleship dah keluar and sumer orang kata best. Wrath of the titans pun tak tengok lagi. Mirror Mirror. Aishhh. Aku meamng duduk dalam gua.

Jadi untuk menghilangkan kebosanan tu aku pun pergi la Taman Botani Shah Alam mase cuti pertabalan agong tu. MAsuk cuma bayar RM 3. tapi kalau nak naik basikal tu baik la datang awal pagi. Kitorang datang pukul 8 lebih pun basikal dah habis. Nak lagi senang datang la dgn basikal sendiri. Kalau nak masuk rumah 4 musim, memancing  kena bayar lain. Kitorang masuk pergi jalan-jalan je. Tak pergi pun tempat-tempat yang kena additional charge.









Should i say this is pre acedemic trip? sebab 16 april sampai 19 april kitorang nak pergi taman negara pahang. Ni aktiviti warm up la ni. Sejak-sejak duduk Shah Alam ni jauh aku melangkah untuk akedemik trip. Sebab dapat claim duit tapa.

Semoga kami selamat pergi dan selamat balik mase dekat Taman Negara nanti. Amin.....

2 comments:

kashaa said...

untunglaaaaa... -________-

jelestakdapatikut

wawanubulan said...

yeahhhh... saya memang suke buat awak jeles supaya awak dah tak ohsem lagi...