Sunday, June 17, 2012

Study week in Shah Alam.

Sekarang dah musim bunga = study week untuk student uitm (Jumaat ni baru start sebenarnya). Kalau ikutkan, ini la minggu paling heaven untuk aku sebab tak perlu nak kena pergi kelas segala. Tapi ada jugak certain orang yang anggap ini minggu yang paling giler sebab nak pulun study. Betul la tu. Sebab tu adanya study week ni. Ini bagi masa dekat student-student degil macam aku ni study. Selama 14 minggu sebelum ni tak reti nak study kan.

Seingat aku kan, 3 sem aku dekat shah Alam, aku tak balik masa study week. Kalau balik pun sekejap je. Ke tak balik terus eh? Entah tak ingat. Tapi yang lainnya amalan aku sejak-sejak duduk Shah Alam ni, aku pergi study dekat fac. Gempak gitu jah. Masa dekat Perak dulu aku study dalam bilik je. Atas katil sorang-sorang. Kalau tak pun dengan Ajex and maksu tapi masa tu kitorang buat benda lain lagi banyak dari study. Kira kitorang study cara berhemah la tu. *puke!

But then bila datang Shah Alam, aku join dorang study dekat fac. Masa part 3 tu takde la lagi sebab Nisa ada dengan aku kat bilik. Lagipun masa part 3 kan aku tengah meroyan lagi tak dapat nak sesuaikan diri dekat sini. Cuma pernah la sekali study dekat tasik dengan Wany, Jue, Madi, Iewan and Nazri. Bila masuk part 4 meroyan aku dah okeh then time study week kitorang pun start la berkampung dekat fac. 

Best jugak sebenarnya bila study ramai-ramai ni. it started when we did empex. Stay dekat fac ramai-ramai to complete the work. Lepas tu terus sampai ke study week. Takde la biol study sorang-sorang. Tak paham terus boleh tanya pada orang lain kan. Bila dah bercampur banyak kepala ni, idea dia masuk lebih sikit. Kan? Kan? Tak paham terus je pergi jumpa lecturer. Senang gitu. Takde la tak paham nanti nak kena siap-siap tukar baju cantik-cantik nak pergi jumpa lecturer. Itu pun kalau rajin sebab kolej jauh beribu batu nak ke fac.


Paling best sebenarnya time ramai-ramai ni adalah makanan. Hahaha. Niat tak baik. Tapi masa empex dulu Nazri ada bawak kek pisang yang sedapnya sampai aku terkenang-kenang sampai sekarang. Makcik mana la yang buat kek pisang tu kan. Paling latest semalam kawan-kawan aku bertapa dekat fac siap buat puding cocktail lagi. Ada pizza bagai. Tapi hampeh takde invitation pun. Kijammmm!!!  


Aku tak sabar nak tunggu study week boleh study ramai-ramai. Ada la penarik untuk aku study tambah lagi sejak duduk rumah sewa ni aku takde private space. Nak study atas katil memang tak la sebab panas dia gaye dalam oven je. Ruang tamu macam tak practical sebab housemate aku dah conquer nak buat assessment dorang. So cara paling best adalah lari pergi fac la. Eh macam pelarian je pulak.

Jadual exam sem ni. 
27 June - emt 612 - 9am to 12 noon.
1 Jul - emt 618 - 2.15pm to 5.15pm
5 Jul - emt 611 - 2.15pm to 5.15pm
8 Jul - emt 614 - 2.15pm to 5.15pm
15 Jul - emt 617 - 9am to 12noon.

Cantik ah tak ganggu jadual aku tengok bola. Sebab dah gap lama kan so takde masalah kalau aku nak tengok bola malam final pun. HAhaha. Terima kasih department. I love you. Muahhh!

Last but not least, aku nak share something. Smile for everthing happened to you guys. keep holding on bak kata Avril.

Bye.

0 comments: