Jingle bell..... Kat rumah dah ade pokok krismas dah sebijik. Nak tunggu santa datang hantar hadiah je. (nampak ngat menipunye)
Ni pasal voucher buku RM 200. Bile fikir-fikir balik, buku ape yang aku nak beli gune duit tu. Sebab secara logiknya course aku takde la memerlukan buku yang tebal lagi mahal harganya. Sebab, kitorang gune buku dari banyak sources. Sikit dekat sini, sikit dekat sana. Kire kitorang takde buku teks la. Cam sekolah dulu tu. So nak beli sebijik tu cam malas la pulak. Benda nak guna sikit je. kadang tu satu chapter je. Dua ke tiga ke.
Tapi, dorang kate boleh guna untuk beli buku akedemik, ilmiah, journal, stationary...etc yang berkaitan la.
So, tetibe, aku teringat balik satu buku yang aku gile babeng nak.
1] A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
Oh man... Aku suke gila sama ini ex pm. dulu mase aku belajar, koko aku ambik pemikiran mahathir tau. Oleh kerana buku ini berharga RM 100, aku pun tak nak la beli. Bukan tak nak. Tapi tunggu aku kumpul duit dulu. Hahahahahahaha. *Terpaksa gelak panjang. Aku tak pernah terasa nak beli buku yang harga mahal-mahal guna duit sendiri.
2] 100 Marvels of the modern world
Buku ni pun tak silap aku RM100 jugak. Aku tak tau kenapa aku nak beli buku ni. Tapi.......................... Aku kan suka tengok design bangunan. Sebab tu kot aku tertarik dengan buku ni.
Kalau ikut perkiraan dan congakan dari otak smart aku ni, jumlah harga yang patut dibayar untuk dua buku ni 200 la kan? *Tapi kalau guna kad popular boleh dapat diskaun kan?
So agak-agak, kalau beli buku ni boleh tak?
Bole la.... Bole la... Bole la... Please...
Nak sangat-sangat buku ni. Nak mintak letak atas dulang hantaran cam tak kena la pulak.
Buku ni buku ilmiah ape. Aku kan student architecture...... Errr. Archituecture, planning and surveying punya faculty. So kire ok la kan?
btw.... Sape2 yang rase dia student IPTA/IPTS korang jangan buat2 lupe korang boleh dapat duit 200 buat beli buku. *boucer actually. Tak boleh tukar jadi cash eh.
For more info sila la bace sendiri dekat sini ye.....point nombor 8 tu point paling penting tau.
voucher tu boleh tuntut in january sebab tu aku kate hadiah krismas yang dah belated.
Semoga, buku yang selama ni aku nampak tersusun gah cantik dekat rak MPH akan berjaya dimasukkan kedalam plastik dan dibawa pulang ke rumah aku dengan selamat dan jayanya.
Sekian terima kasih. Dan maafkan aku atas ke'skema'an ayat bm aku hari ni.
0 comments:
Post a Comment