Saturday, January 22, 2011

MUET... Camne ni???

Hah!!! Macam mane ni?? Tulunn,,... Tarikh last register 23hb. Cepat tengok calendar??? Hari ni bape hari bulan??? 20 ke 21? 22? Silap tengok kot. Cube tengok betul2. Hek! memang 22? Makne nye 23 tu besok la kan ??? (Banyak nye telinge gajah) Waaaaaaaa.. jangan la macam ni. No pin x beli laagi. Mengikut sumber terdekat (Kawan kepada kawan aku yang bagitau). Ada dua cara nak register untuk sit MUET tu.


First: Korang pegi beli no pin dekat BSN, lepas tu isi borang online. Sekarang zaman dunie di hujung jari la. Tekan2 dah siap. TAPI!! (penekanan ye), masalah nye, last beli no. pin tu semalam ye kawan2. Dan untuk membuatkan cerita ni lagi best, aku belum beli pun lagi no. pin tu. Kira wassalam la nak isi borang online tu. hujung jari tak hujung jari la. Kau xde no pin tu memang internet 24 jam dengan unify pun tak boleh nak tolong kau. Padan muka! sape suruh tak alert dengan benda2 macam ni. Suke lagi buat kerja last minit kan.

Second: Ok la.setiap masalah akan ade jalan penyelesaian kan. Berita yang disampaikan oleh En. Hilmi Masri a.k.a kawan Nisa dah jadi macam oasis kat tengah padang pasir. According to Hilmi tu, kalau tak nak buat online pun boleh. kite print borang dari web, lepas tu bayar dekat pejabat pos. TAPI!!! (sekali lagi hurug besar), kan dah cakap tadi tarikh last register 23hb. Makne nye, kalau kau pergi print borang tu sekarang pun, lepas tu dengan penuh semangat iltizamnye isi borang tu bersama harapan nak buat MUET bulan 5 ni kan... (Ape kejadah ayat aku ni. sila buat2 paham la). harapan korang tu hanya tinggal harapan. Mane ade pejabat pos bukak time2 cam ni? Besok lagi la tak bukak. Pak cik2 kat Pejabat Pos tu pun nak bergumbire jgak dihujung minggu ni.

Itu dua cara yang En. Hilmi Masri bagitau Cik Nisa tadi. So... dengan muke penuh pasrah dan redha nye saya nak bagi tahu dekat 1 dunia yang saya kena ambik MUET bulan 10 nanti. Warhhhh tamau!!! Aku tamau!!! Tolong la extend tarikh register dengan tarikh beli no pin tu. 2 hari pun tak pe. Aku tak kisah. Aku nak jugak ambik MUET time aku tengah cuti tu nanti. Kalau bulan 10 tu aku dekat u. Ganggu pulak pelajaran aku (bapak skema ayat).

Dengan semangat waja nya, and aku dah discuss dengan Kakak Ajex kite, kitorang cadang nak pergi try usha sekolah2 yang buat MUET. Mane tau dorang kesian kat kami2 kan. Tapi tu kene tunggu cuti nanti la kan. 

Moral value untuk hari ini : JANGAN LA KORANG GATAL2 NAK BUAT KERJA LAST MINIT. MACAM NI LA JADI NYE. So skang aku nak pergi wat assignment yng nak kene hantar b4 cuti raye cine. Kalau tak nak kes macam ni berulang baik buat sekarang.

1 comments:

syahira aziz said...

macam mana nak print borang MUET tu, kalau nak bayar kat pejabat POS. reply as soon as possible pls