Tuesday, June 18, 2013

Kenapa wanita perlu bekerja

Kenal tak gambar di atas? kalau tak kenal memang pelik la. aku takde rasa nak cakap pasal Oprah pun tapi aku nak cakap dari pandangan peribadi kenapa sorang perempuan tu kena bekerja. dan macam biasa la orang besar bagi isi main guna point form jek kan.

biasanya perempuan yang dah berkahwin ni tend to berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga kan. yes. aku tak nafikan benda tu bagus. in fact berlambak lelaki kat luar tu yang prefer isteri tak bekerja ataupun kerja biasa-biasa je sebab dorang boleh nak tumpukan perhatian pada keluarga. kalau isteri pun sama busy je dengan suami acaner tu. tunggang langgang kot family tu. tapi kalau tak pandai uruskan rumah tangga la. kalau suami jadi doktor isteri arkitek? bila nak uruskan rumah tangga? tu kena la belajar okeh!

1) Aku sebagai perempuan yang berdikari kononnya mesti la nak pegang duit sendiri. tambah lagi aku ni suka membeli dan membelah jugak. takkan aku nak mengharapkan duit suami (kalau dah kahwin) 100%. let's say la kalau nak beli benda yang takde kaitan atau keperluan la contohnya sesaja nak beli kete baru ke, kasut baru ke, novel ke makan secret recipe starbuck ke. kalau setakat ikut keperluan memang la suami kena tanggung kan. tapi kalau dah sesaja gatal nak beli camne? asal nampak je nak. asal nampak je nak. tu kena la guna duit sendiri kan. satu lagi, kalau nak buat girl's days out dengan kawan-kawan. takkan nak cakap "sayang i nak duit nak berjimba dengan geng i." untuk suami yang mampu takpe. tapi kalau suami tu pun gaji setakat cukup untuk belanja keperluan takkan nak buat macam tu kan?

2) kalau dah ada anak nanti, mesti orang prefer nak jaga anak sendiri kan sebab sekarang ni dah banyak sangat kes dera kanak-kanak la, budak mati tersedak susu la. bagi aku yang tak berminat nak ada anak kecik ni, aku rasa untuk enam bulan pertama atau setahun, as the baby still 'baby', memang patut dia dijaga oleh orang yang kita percaya. contohnya mak kita ke mak mertua ke. tapi bila dah pandai berjalan tu hantar je la kat taska. baru la dorang tu berkembang sikit minda dia dan kenal orang. also it will built their confident as they meet many people outside.

3) hahhh yang ni paling penting punya point. kalau perempuan yang kerja ni, dia ada duit sendiri. so kalau satu hari nanti something bad happen contohnya suami meninggal ke, suami ada perempuan lain ke takde la kita terkontang -kanting kan. kita still ada something yang boleh support kita. kalau tak kerja lepas tu jadi seperti di atas? dah jadi baru nak cari kerja? haaaa masa tu memang sesuai la nak apply peribahasa sudah terhantuk baru terngadah. lagipun for those girl yang ada sijil tu, tak perlu la nak peram sijil korang tu. buat penat mak ayah hantar belajar je. bukan murah tau.

4) Yang ni tak penting sangat tapi boleh tahan la. Isteri zaman sekarang kena bekerja untuk membantu suami dalam menanggung perbelanjaan rumah. oleh sebab zaman sekarang ni langkah keluar rumah je dah kena guna duit, jadi pening la kepala suami-suami diluar sana nak menanggung perbelanjaan rumah. let say kalau gaji suami RM3000. 3000 duduk KL tak cukup tau. duduk kuantan entah cukup ke tak. kalau aku sorang tanpa tanggungan cukup la kot. kalau gaji suami gaji 3000, tolak bayar duit kereta, duit rumah (sewa atau loan bank), bayar bil (air, api, telefon, internet, bla bla bla) barang dapur, anak-anak, perghhhhh! cukup ke 3000? confirm tak cukup. disini la perlunya isteri untuk membantu suami. duit isteri tu boleh la nak buat cover kot-kot gaji suami tak cukup untuk bulan tu kan. kita mana tau apa yang nak jadi.

errrr sebenarnya aku dah tak tau aku melalut ke mana ni. aku pun tak draft point so nampak berterabur sangat. idea ni keluar masa aku berborak dengan kawan aku pasal one of our friend tak nak kerja. nak tunggu boyfriend dia pinang then nak spend time dengan family.

ada baik buruk dia perempuan bila bekerja ni. cam yang aku cakap tadi la. kena pandai bahagia masa la. kalau whole weekday busy, cuba la spend weekend untuk family. ramai jugak yang bekerjaya tapi boleh ada keluarga yang berkualiti. benda tu semuanya dari diri kita jugak.

pesanan terakhir penaja, marilah kita bersama-sama membina keluarga bahagia dan keluarga yang berkualiti.


Friday, May 24, 2013

bila kita dipersimpangan.

dipersimpangan!! arghhhh!!

Hai. Salut (another way to say hi in french). gambar kat atas tu horror giler bagi aku.. 

pernah tak rasa macam dalam dilema? tak tau nak buat pilihan? pernah takk? pernah tak? well that was happened just before i graduated. budak degree honours akan buat final year project which is core la sebab tak siap mende tu tak boleh grad okeh! in the mean time kita akan di supervise oleh seorang supervisor yang akan guide kita on how to do the fyp properly.

nak dijadikan cerita supervisor aku tu best la sebab dia timbalan dekan and otai la kalau bab-bab research ni. dia selalu pujuk aku untuk sambung master by research under dia sebab dia suka tajuk aku. dia kata wawa tajuk you bagus la. sekarang semua orang cakap pasal green tech. pasal retrofitting. continue la mana tau you boleh sumbang something pada negara. cewahh. bermula la adegan aku menolak pelawaan beliau. tapi sebenarnya aku tertarik jugak nak buat master tu sebab cambest jek kan. dengan supervisor yang terbaik macam tu lagi...

so selama beberapa ketika aku pun dalam dilema. sumpah aku tak sampai hati nak say no to him. i just said prof bagi saya masa untuk fikir. saya kena tanya family jugak. tapi in the end i said sorry prof i don't want to futher my study. i knew he was disspointed but i have my own reason.

that was the case and situation. 

so.............. when we face a situation like that first thing first what should we do? as for me yang suka ikut kepala sendiri of course aku akan tanya family camne tapi balik-balik aku buat keputusan ikut aku jugak. yes true better buat istikharah but i don't do that. tak pandai buat. what i did is just close my eyes and think what i want to do, i want to acheive and what is my dream. that answered my dillema.

i want to be a registered valuer so i have to sit for TPC. aku tulis seat tpc dalam entry sebelum ni. hahaha. so basically to sit for tpc we have to gain two years experience in this field and complete practical task which is macam assignment jugak la and bila board satisfy and rasa kita dah layak then they will call for interview. nampak tak journey yang aku kena lalu kalau nak jadi registered tu. jalan yang berliku-liku. cewahh ayat nak gempak. cuba bayangkan kalau buat master by research while working. oh no! i don't have time for that. nak keluar buat inspection, buat report then log book lagi. so bila nak keluar cari bahan untuk research master tu? dalam mimpi? kalau buat full time master pulak lagi rugi masa sebab nak gain two years experience tu kan.kan kan kan....

itulah jawapan bernas aku pada supervisor aku tu. bila reslut keluar hari tu aku pun hantar la sms berkajang cakap terima kasih for the guidance and sorry to dissapoint him. and he said ok. good luck. fuhhh! lega aku dengar. and pasal sambung master tu macam berkubur je la jawabnya and aku let go je la isu yang hangat tu sekarang ni. cehhhhh.....

master tu penting kalau nak jadi lecturer. kalau tak nak, tak nak sambung master pun takpe.

jadi marilah kita menutup sidang bernas saya ni dengan satu lagu...

follow your heart
your intuition
it will lead you in the right direction
let go of your mind
your intuition
is easy to find
just follow your heart baby.


Saturday, March 30, 2013

mari bekerja


yes!!! itu dia.. setelah berbelas tahun najwa izzati belajar kini dia akan mula bekerja... huuu gempak gitu... adakah aku akan mejadi busy seperti gambar diATaS???

of coz la jawapan dia no! tidak! nehi. hahaha. starting 1 april 2013 i'll start working as valuer at one of the valuation firm in kuantan. oh before i forget for those yang rasa berangan nak kerja gaji riban-riban dengan jadi valuer sila lupakan je mimpi disiang hari. nak kaya jadi estate agent okeh??

macam mana kerja??

untuk dua bulan pertama ni aku akan follow senior valuer dulu.. maklumlah takde kete kan. tapi aku hairan la macam mana aku boleh dapat kerja tu. aku pergi interview lewat lima belas minit okeh! LIMA BELAS MINIT!!!! tapi dah rezeki kot. dah la resume aku cam hampeh and paling penting orang tu tanye awak ada bawak gambar tak. aku geleng je. transport penting okey kalau nak kerja dengan private firm sebab kita kena pergi buat inspection atau jumpa client (ni kalau estate agent.)

cara kerja pulak depend dengan company ni. ni untuk valuation saje okey. sebab estate agent memang dah anture kerja dia selalu keluar cari client. ada yang kena keluar buat marketing sendiri. maknanya dia kena keluar untuk cari case sendiri and kalau tak dapat case maknanya takde gaji la bulan tu. bukan setakat cari case sendiri tapi kena buat title search sendiri, pergi jupem sendiri, lukis pelan sendiri, fee pun sendiri and binding pun sendiri. tu orang cerita la sebab masa praktikal dulu takde macam tu. biasanya bank akan hantar instruction and valuer just buat report. company ada office boy yang akan pergi buat title search and lukis pelan and binding jugak. easy kan. so kalau nak hidup senang cari lah company yang dah establish and panel bank dorang dah berkajang-kajang. masa tu case yang cari kita bukan kita cari case.

so... company yang aku nak kerja ni?? it's one of the establish company so i don't have to worry about nak kena buat marketing on my own. fuhhh lega eden. and paling penting tak payah nak cas ayu nak pakai baju kurung. buat berlengas je. sebab kalau nak keluar terkejar-kejar nak ukur bangunan tu susah je. pakai seluar lagi senang. jangan nak pakai skirt pendek pulak sebab kalau pakai skirt nak kena masuk lalang kang buat gatal peha jek.

nak tau soalan interview?

boss tu paling gempak kot. aku beria call kawan aku yang kerja kat hq nak tanya masa interview dorang tanya apa. dia pun cakap la orang tu tanya dia camne nak buat marketing. macam mana nak buat report. aku pun gagah la tengok sikit-sikit sebab dah lupa kan. alih-alih boss tanya awak nak buat tpc tak? kenapa tak apply kerja dengan government. caiitt soalan takde dalam sylibus. (biasa firm akan tanya nak buat tpc ke tak)

jawapan aku??

saya nak buat tpc. tu. tpc tu adalah test of professional competence. sapa nak dapat lesen besar kena seat la tpc. macam arkitek nak dapat title Ar and engineer nak dapat title Ir. kalau valuer dapat title Sr. gitu... nak seat ni takde la susah mana cuma kena komited sebabnya dia kena buat log book untuk 2 years and ada assignment yang kena buat. ini kalau dah kerja memang kelaut la jawapannya semua benda ni. trust me. after board of valuer puas hati baru dorang akan panggil untuk interview pulak and JARANG-JARANG ada orang lulus interview dengan sekali pergi jek.

so sila la doakan aku berjaya buat tpc sebelum umur 30 okeh. amin.

semoga aku dapat kerja baik-baik. and one more thing aku ni pemalas sikit. so aku rasa lama la aku kerja dekat company tu sebab bila dah stick kat situ, aku dah malas nak tukar-tukar dah.

p/s : rajin pulak aku cek blog kan. *tetibe. oh blog i miss you. muah muah.

Wednesday, December 26, 2012

last payperrr and merry x'mas


holla bebeh.. sekarang aku tengah minggu exam. yuhuuu. takde kelas. tak payah bangun awal. aku punya tidur sampaikan leher aku sakit tak boleh nak pusing. dah gaya robot dah aku duduk tegak semacam. hahaha. pastu boleh pulak buat hal bangun tidur takde air. memang rasa nak mengamuk la kat jba tu,

okeh. before we start everthing.. meh nyanyi dulu

it's the most beautiful time of the year
running through the street spreading so much cheer
i should be playing in the winter snow
but imma be under the mistletoe
Word on the street that it’s coming tonight,
Reindeer’s flying in the sky so high
I should be playing in the winter snow
But I’mma be under the mistletoe
like usual, jadual exam just for reminder

4 jan   EMT 657 2.45pm - 5.45pm
7 jan   EMT 654  2.15pm - 5.15pm
12 jan EMT 651 9am - 12noon
17 jan EMT 622 2.15pm - 5.15pm

paper first paper building. terbaikkk. aku tak suka building maintenance and management. oh. cakap pasal building maintenance ni, rang undang undang strata management dah lulus and position sebagai property management dah dibuka kepada semua. walaupun secara ikhlas tulus dari hati *cewah aku tak de la aim nak jadi property management, tapi aku kesian pada kawan-kawan aku yang lain yang sekarang ni terpaksa bersaing untuk position tu dengan professional yang lain.

okeh cukup pasal tu. sebenarnya nak cakap je hati ini bahagia kerana ini sudah semester terkahir. yuuuuu. i loike. lepas ni dah tak payah fikir pasal nak belajar, nak periksa. tapi for sure la kita dah lepas satu moment yang paling best dalam hidup kan. tapi as human being, we need to move on to another chapter of the life kan. biasa la tu. dah nama pun lumrah.

harapan aku dalam sem akhir ni, aku nak yang terbaik kan. thesis alhamdulillah dah lepas even result tu aku tak yakin nak dapat ok. janji lulus sudah. *saya nak a prof! nak naikkan pointer. dalam aku sibuk nak dapat pointer paling gempak, aku rasa carry mark aku tak la ohsem mana pun. especially emt 654. nampaknya aku kena study beria la kan.

semoga berjaya wawa. bye bye. aku suka takde intro and conclusion properly kan.

# malas nak buat resume nak mintak kerja.

# merry x'mas to my friend nancy sulau and to all. and specially to my fav artist. hahaha. let's kiss under the mistletoe for never ending relationship. oppps