Saturday, April 21, 2012

Perbezaan budak zaman sekarang dengan zaman dulu

First of all saya nak mintak maaf sebab entry kali ni memang boleh buat orang terasa. Tapi saje-saje gatal nak buat jugak pasal benda yang saya sangat-sangat tak suka dalam kalangan budak-budak zaman sekarang. 

Biasanya kalau kita datang dari family yang ramai, dah tentu la macam-macam ragam yang kita boleh tengok kan. Aku rase nak mengimbau zaman kecik-kecik slash kanak-kanak riang tu lagi best kalau guna aku. Baru nampak dekat dihati kan... 



Mase zaman aku kecik dulu aku boleh kira degil tahap nak kena lempang 3x sehari. Bukan aku je la. Ade jugak dua tiga orang sepupu aku yang perangai lebih kurang. Suka mengundang kemarahan orang lain. So, bila kitorang buat degil, selalu je kena pukul dengan rotan tu. Tapi kalau yang zaman sekarang ni aku tengok takdenya rotan nak naik. Takat tegur dengan mulut je.

Kalau dulu bila buat salah tak tunggu mak bapak sendiri bantai, makcik-makcik dulu yang pergi cubit. Sekarang kalau kita cubit anak dia pun dah buat sesi pandang-pandang jeling-jeling.

Kalau dulu datang rumah orang nak gerak sikit pun takut. Apetah lagi nak sentuh barang-barang dalam rumah tu. Tapi sekarang bukan takat sentuh, buat gaya reta sendiri pun ade. Tapi still takde nak pukul sampai lebam pun.

Kau marah anak aku kenapa... Hiahhhh!!
Kalau dulu nak terbungkang tengok tv, tak tolong orang buat kerja even mase tu baru besar kancil mesti kena perli pedas-pedas. Lepas tu kena membebel sampai taik telinga pun boleh cair. Tapi sekarang aku tengok dorang berkampung depan tv dari bangun tidur samapi nak tidur balik. Kalau tegur suruh buat kerja orang kata 'takpe la. takkan nak suruh budak kecik buat kerja pulak.' Biassssss..

Kalau dulu time orang duduk buat kerja kitorang berkumpul dalam bilik mesti kena marah. Tapi sekarang takpe kot. Orang tak cakap ape pun.

Kalau dulu kitorang kurang ajar konpem cili kena tenyeh kat mulut. Tapi sekarang dorang boleh cakap aku kau dengan kami-kami yang dah menjengah usia tua dewasa ni. 

Kalau dulu handphone pun tak pernah jumpa. Tapi budak sekarang kecik-kecik dah ade handphone sendiri. Tak cukup dengan tu sibuk buat handphone orang tu macam hak milik persendirian. Juga termasuk laptop. Siap dengan selamba badak main tukar password gaya lappy sendiri. Dah la password baru tak nak bagitau pulak tu.

Dan sekarang mereka dengan selamba badaknya boleh pijak kepala kami-kami warga emas ni tanpa perlu risau ape-ape. Termasuk main ludah aje kat kami-kami.Ye la kalau kitorang marah for sure mak-mak mereka marah kitorang balik kan? 

Kenapa benda ni terjadi? Tepukla dada tanya la hati. Hahahaha. 

Saya pun tak sure kenapa benda ni terjadi. Mungkin bila sampai zaman anak mereka, mereka dah tak mampu nak marah. Ye la dulu anak orang kan. So boleh la nak marah sesuka hati. Anak sendiri haruslah ditatang macam minyak yang dah nak melimpah. Saya cuma bercakap dari apa yang saya lihat dan dengar.

Mana keadilannya?? 


Saya yang small heart.

p/s: Ayat gaya skema nak mati je tapi tunggang langgang.

3 comments:

sha ohsem said...

aku pun degil jugak...

#otak tetibe terimbau kenangan AGOGO.. wkakakakaka#

wawanubulan said...

kite geng budak degil tapi ade style....

SYZAROSLI said...

hahahaha,mana keadilannya.budak sekarang sudah naik lemak.tgk lah nnt bila si sepupu2 tu ada anak, aku nak balas semula.