Saturday, June 16, 2012

Pengurusan ladang vs Pengurusan hartanah

Hai Bonjour. Tetiba terasa nak mengupdate pasal kos sendiri. Walaupun takde la segempak kos engineering, architecture apetah lagi medic ataupun angkasawan, tapi aku rase okeh je bernaung bawah department ni. Lagipun dalam faculty tu, aku rasa aku la yang paling relax *hanya aku sebab orang lain kata dorang banyak kerja.*






itu antara ladang yang bakal aku uruskan. seronok kan? sape kata kos aku tak best. *fine aku tipu jek. 

Tapi kalau buat program kat sekolah-sekolah, budak-budak tau nak jadi engineer, doktor, pegawai bank, saintis. Perghh! Macam nak lempang je sekor-sekor. Even aku dulu pun macam tu jugak. Tapi tiba-tiba aku terdapat tau yang jadi agent hartanah tu banyak duit. Aku pun apply la kos pengurusan hartanah atau dalam english nya estate management. Konon nak kerja nanti banyak duit. Bila dah masuk line ni aku nampak benda lain. Ada valuation dan property management which is core line kitorang. Biasanya student yang grad akan pergi practise 3 benda ni. But then, as time goes on, aku realized lagi yang banyak tempat yang boleh sumbat student kitorang. Fund manager, Property development etc and semua tu sebenarnya sangat fun. Fund manager tu banyak duit tau. Asal ada kaitan dengan property je boleh la nak mencelah. Cth: Tabung haji, MAS, Sime darby, Guthrie, etc.

Tapi ramai yang salah anggap bila aku sebut estate management tu orang ingat pengurusan ladang. Biasanya aku ia kan je. malam nak menjawab panjang-panjang kan. Hahaha. Masa mula-mula aku terangkan la dekat dorang kos aku ni bukan ladang tapi lama-lama aku dah malas. Bukan merajuk ke apa tapi rasa macam tak penting je. Bukan orang berminat nak join pun. Sebab kalau under FSPU tu, orang nampak architecture je. ID and landscape. Memang la orang tak nampak kos estate management, quantity surveying (Ukur bahan which orang pernah tanya ape? GUBAHAN. Lempang kang! Tapi kalau somebody tu familiar dengan construction field, nama-nama macam contractor, QS, valuer, estate agent, project manager memang tak asing la. Dorang memang kenal. Tak kenal baik tukar jadi pereka fesyen. Vera wang!

Kos aku tak la susah mana compare dengan kos lain *Bagi aku la* Sebab aku ada banyak masa nak relax-relax, orang lain tunggang langgang buat kerja aku tunggang langgang tengok movie. So basically memang Enjoy memanjang la. Tapi dia depend pada orang kot. AKu bukan la jenis banyak kerja nak kalut-kalut buat. Aku cool.. Besok nak hantar hari ni baru tercirit nak cari bahan. Tu yang aku relax. Sape-sape rasa nak relax macam aku sila la join kos ni. sangat-sangat la dialu-alukan tapi aku prefer kalau orang start dari diploma estate managent. Ini kes uitm la sebab aku student uitm. Bagi aku kalau dari diploma, ilmu kita macam advance sikit. lagi-lagi tang praktikal tu. Aku diploma praktikan satu sem = 16 weeks. Degree ni dorang cuma practikal sebulan lebih je. bagi aku time praktikal sangat banyak benda baru yang kita belajar.

local univercity yang diiktiraf oleh board of valuer adalah UiTM, UTM, UTHM, UM. dan universiti luar negara adalah negara-negara dari UK, New zealand, Singapore, Australia, Canada. *ini kena check dari board sebab kalau tak nanti qualification kita tak diiktiraf. kan dah sia-sia je belajar tapi rasanya kos lain pun kena check jugak kos tu diiktiraf di malaysia atau tak. Ini penting kalau kita berniat untuk bekerja di malaysia. Kalau rasa nak kerja oversea tu ikut pandai la nak belajar kat mana-mana. Board tak boleh larang. Dan dia pun takkan larang sebab bukan guna duit dia pun.

Erkk? Macam bagi ceramah je. Rasanya cukup la nak promote kos yang biasa-biasa dimata orang ramai ni. Aku tak pedulik orang kata kos ni entah apa-apa or whatever janji aku seronok and tak payah nak pening-pening macam budak enginnering, architecture, medic. Lagipun aku tak berapa pandai nak join professional yang lain tu so this is the best choice which i can never regret to join this line. Conclusion dia, kos aku bukan la pengurusan ladang. It's hartanah. Harta tanah which is a very exciting course to join. *wink wink.


For more info kindly refer to this link

BOVAEA - board of valuer appraisar and estate agent
Inspen - inspen (pusat latihan dan penylidikan)


Last but not least, ladang yang paling penting aku nak kena jaga. Hahaha. 

p/s: lecturer aku cakap, kalau nak banyak duit kerja la jadi agent. Agent insurance, estate agent. atau mane-mana kerja yang salary dia base on comission memang nak apat 5 angka tiap-tiap bulan tu tak mustahil tapi kena rajinla.

5 comments:

sha ohsem said...

archi gempak ke? torture kot ade.. *dull face* btw.. entry ni best. siyes xtipu. lalalala

umie nazirah said...

salam. kite dapat kos ni dan rasa down sebab orang lain semua dapat kos engineer. Thanks sebab menaikkan semula semangat. thanksss sesangatt <3 *terharu*

wawanubulan said...

Sha ohsem: bese la... sesuai dengan nama la la.. so kerja kena teruk jugak la..

umie: alahhh. nanti berlambak sangat engineer dekat msia nanti susah jugak.. hehe.. baik ambik yg senang2 je... wlcome to the club bebeh

AISYAH said...

saya berminat bab2 HARTANAH ni..bole x ceritakan sikit pengalaman amik bidang ni...blaja apa, praktikal, presentation, cara cakap macam senang je..betul ke?? pls!!

ashikin kamal said...

Assalamualaikum. Sye tgh cari info psl kos ni sbb sounds good je kan. Hihi. Tp boleh share tak kos ni belajar pasal ape je ekk? *tgh tunggu result spm*