Friday, November 2, 2012

saya rindu sekolah saye...

Seperti biase tanpa kata alu-aluan tanpa intro aku nak terus masuk pada cerita aku.. lama tak tulis dekat sini buat aku biol kejap nak fikir ayat. masa cuti raya korban yang mengorbankan diri au tu, budak-budak sekolah aku buat reunion. pergi sekolah lama aku. aku of cox la tak join sebab aku lambat dapat info kalau bab-bab reunion ni. bile tengok gambar rasa macam rindu je.. tuihhh! haha. tapi betul pe rindu sekolah. sebab masa sekolah boleh main-main. tak payah fikir pointer nak kene jage. tak payah fikir fyp yang dah gaya paperwork nak buat bangunan nombor 1 aling tinggi dekat dunia. tak payah fikir nak carik kerja. senang citer semua tak payah la. duduk main kejar-kejar dengan kawan je.

Alkisah name sekolah aku tu SMK seri tualang. dekat pahang and dalam ceruk hutan. hehe takde la hutan mane pun. cuma dia kena masuk ke dalam sikit je. masa nak tulis entri ni aku ada la type smk seri tualang dekat google. sekali aku tengok ade wordpress. perghhh! zaman aku takde pun bende ni semua. 

balik pada kisah sekolah aku tu, aku batch nombor 4 dekat sekolah tu. kire sekolah aku tu muda belia lagi la kan kan kan.. aku rasa tiap-tiap awal tahun je mesti aku telefon rumah menangis-nangis nak tukar sekolah. tapi last-last sampai form 5 jugak aku stay dekat situ. sebabnya aku tak nak tukar sekolah seri jengka yang aku rasa tak berapa nak gempak. aku bajet sekolah aku cool la mase tu. 

masa aku sekolah dulu, aku rajin pergi ambik markah kecerian kelas sebab malas nak belajar. sebab kelas aku sebelah bilik guru je so aku pun rajin la pergi menempek semata-mata nak mintak borang keceriaan tu. padahal nak pegi ushar junior comel-comel sebenarnya. ke nak usha senior aku tu. entah yang mane satu tapi aku memang rajin la. kalau ada xtvt gotong royong ke ape ke memang aku rajin. jangan sukan je. lagi lagi merentas desa. memang aku malas tahap gaban. tengok badan la.....

bab belajar aku tak banyak benda nak ingat sangat sebab aku tak pandai sangat pun. so cikgu pun takde la suka sangat kat aku. lagi-lagi mase aku form 4 aku masuk kelas budak degil sikit. lagi la cikgu tak suka. ada sorang cikgu tu panggil kelas kitorang zoo. sebab bising kot. muka aku gaye binantang ke???? arghhh! tension. lepas tu bila time nak buat kelas tambahan, kelas aku mesti terkecuali. aku pun tak tau kenapa. pilih nak jadi pengawas pun macam tu. so kitorang join kelas tambahan yang biasa-biasa je yang cikgu buat untuk cukupkan syarat. yang gempak-gempak tu kelas aku tak dapat join pun. 

ohhh! budak kelas aku selalu kena marah sebab meniru waktu exam. aku pun kena marah sebab bagi orang tiru. aku kan baik hati.... kalau orang mintak aku bagi je la. pastu kantoi.... padan muka.. budak kelas aku jugak selalu kena marah sebab markah exam tak pernah ok. aku pun termasuk la dalam list tu.. add maths aku tak pernah lulus kecuali spm. aku pun tak paham kenapa aku bengap sangat zaman dulu kala.


banyak lagi cikgu lama aku yang ngajar kat situ rupenya. sekarang sekolah aku dah ada graduation macam mrsm tu. perghhh! kalau tak merasa aku pakai jubah awal-awal. ini tak tunggu diploma baru nak pakai jubah. hampeh sungguh la. cikgu lain kali buat la awal-awal...... saya nak merasa jugak pakai jubah kaler hijau. nak jugak merasa baling topi kat tengah dataran kejat tu. dataran kejat kitorang sangat luas sampai nak buat pertangdingan kawad kat situ pun boleh tau. tempat strategik giler sebab sebelah kantin. kalau dahaga boleh terus je minum air kat kantin. 


aku tengok sekolah aku dah ada susur gajah sekarang. zaman dulu aku berpanas tau pergi sekolah! tu sebab aku berjaya kot. hahaha ayat tak boleh blah! 

malas nak tulis dah sebab takde kenangan best pun nak share. saje nak update update + bosan hadap thesis. semoga thesis siap on time dan lulus dengan jayanya. 30 bangunan tau menapak nak collect data. 

byeeeeeeeeeeeeeeeee. time for smarties.. nyum nyum..


1 comments:

MIERA said...

kau rindu sekolah, aku rindu kat kau.. ko dengan aku yang pernah pergi bela berudu sampai tumbuh kaki tu? ha3