Saturday, April 14, 2012

Mari merepek versi bosan nak mati ni

Sekarang ni semua orang dah start busy dengan assignment masing-masing. Aku sorang je yang masih mampu nak bergumbira sakan tengok-tengok tv, online 24/7. Aku takde kerja ke? Jawapannya dah tentu la ade. Cuma mood nak buat kerja tu je tak sampai lagi. Lagipun relax-relax sudah. Ape nak stress kasi pecah kepala kan. nanti tak awet muda la. *aku stress jugak sebenarnya. Haha

Tapi walaupun tak buat kerja, aku masih lagi kebosanan. Ye la.. Takkan nak online aje. Mau termuntah hijau nanti. Nak keluar takde transport. kawan-kawan selalu busy. Aishhh....Kot dapat tengok wayang 4 5 cerita pun bagus jugak. Battleship dah keluar and sumer orang kata best. Wrath of the titans pun tak tengok lagi. Mirror Mirror. Aishhh. Aku meamng duduk dalam gua.

Jadi untuk menghilangkan kebosanan tu aku pun pergi la Taman Botani Shah Alam mase cuti pertabalan agong tu. MAsuk cuma bayar RM 3. tapi kalau nak naik basikal tu baik la datang awal pagi. Kitorang datang pukul 8 lebih pun basikal dah habis. Nak lagi senang datang la dgn basikal sendiri. Kalau nak masuk rumah 4 musim, memancing  kena bayar lain. Kitorang masuk pergi jalan-jalan je. Tak pergi pun tempat-tempat yang kena additional charge.









Should i say this is pre acedemic trip? sebab 16 april sampai 19 april kitorang nak pergi taman negara pahang. Ni aktiviti warm up la ni. Sejak-sejak duduk Shah Alam ni jauh aku melangkah untuk akedemik trip. Sebab dapat claim duit tapa.

Semoga kami selamat pergi dan selamat balik mase dekat Taman Negara nanti. Amin.....

Tuesday, March 20, 2012

Ape cerita indah bila bukak sem baru?

Bape hari siapkan chapter 1 dengan 2 tibe-tibe kene tukar tajuk..

terime kasih. Saya terima segalanya dengan redha.
















Ahahh! ni semua salah cuti yang berbulan-bulan tu la. Otak macam beku semacam je. Dalam kepala terbayang Marina Bay yang macam cantik. Resort World pun tak sempat tour habis lagi. Nak pergi duit takde. Bile ye boleh pergi sane? *Saje nak tukar topik sebab tamau fikir pasal tajuk fyp yang kena reject. 

I miss my old time where i can enjoy my life 24/7...being a kid give you 1000000 advantages and fun too...

Saturday, January 21, 2012

Aktiviti habis exam.

Oleh kerana exam dah habis, of coz dah tak payah belajar dah kan. Tunggu sem depan pulak kalau nak belajar pun. Tak payah nak tunjuk rajin sangat la duduk kat rumah tu. Kita tengok vanilla coklat je eh cuti ni?

Aktiviti lain yang aku nak buat dah tentu hobi yang dah lama aku tinggal. Main violin. Yeahhh. baby i miss you. Cuti ni saya janji tak berpisah dengan awak. Hahaha. Kot kalau rajin kita buat music video. Yayy!! Tak sabarnya nak balik!!


*Aku tak tau pun main violin sebenarnya. Haha

Monday, January 9, 2012

Mari Menjawab Exam anda.