Saturday, April 21, 2012

Perbezaan budak zaman sekarang dengan zaman dulu

First of all saya nak mintak maaf sebab entry kali ni memang boleh buat orang terasa. Tapi saje-saje gatal nak buat jugak pasal benda yang saya sangat-sangat tak suka dalam kalangan budak-budak zaman sekarang. 

Biasanya kalau kita datang dari family yang ramai, dah tentu la macam-macam ragam yang kita boleh tengok kan. Aku rase nak mengimbau zaman kecik-kecik slash kanak-kanak riang tu lagi best kalau guna aku. Baru nampak dekat dihati kan... 



Mase zaman aku kecik dulu aku boleh kira degil tahap nak kena lempang 3x sehari. Bukan aku je la. Ade jugak dua tiga orang sepupu aku yang perangai lebih kurang. Suka mengundang kemarahan orang lain. So, bila kitorang buat degil, selalu je kena pukul dengan rotan tu. Tapi kalau yang zaman sekarang ni aku tengok takdenya rotan nak naik. Takat tegur dengan mulut je.

Kalau dulu bila buat salah tak tunggu mak bapak sendiri bantai, makcik-makcik dulu yang pergi cubit. Sekarang kalau kita cubit anak dia pun dah buat sesi pandang-pandang jeling-jeling.

Kalau dulu datang rumah orang nak gerak sikit pun takut. Apetah lagi nak sentuh barang-barang dalam rumah tu. Tapi sekarang bukan takat sentuh, buat gaya reta sendiri pun ade. Tapi still takde nak pukul sampai lebam pun.

Kau marah anak aku kenapa... Hiahhhh!!
Kalau dulu nak terbungkang tengok tv, tak tolong orang buat kerja even mase tu baru besar kancil mesti kena perli pedas-pedas. Lepas tu kena membebel sampai taik telinga pun boleh cair. Tapi sekarang aku tengok dorang berkampung depan tv dari bangun tidur samapi nak tidur balik. Kalau tegur suruh buat kerja orang kata 'takpe la. takkan nak suruh budak kecik buat kerja pulak.' Biassssss..

Kalau dulu time orang duduk buat kerja kitorang berkumpul dalam bilik mesti kena marah. Tapi sekarang takpe kot. Orang tak cakap ape pun.

Kalau dulu kitorang kurang ajar konpem cili kena tenyeh kat mulut. Tapi sekarang dorang boleh cakap aku kau dengan kami-kami yang dah menjengah usia tua dewasa ni. 

Kalau dulu handphone pun tak pernah jumpa. Tapi budak sekarang kecik-kecik dah ade handphone sendiri. Tak cukup dengan tu sibuk buat handphone orang tu macam hak milik persendirian. Juga termasuk laptop. Siap dengan selamba badak main tukar password gaya lappy sendiri. Dah la password baru tak nak bagitau pulak tu.

Dan sekarang mereka dengan selamba badaknya boleh pijak kepala kami-kami warga emas ni tanpa perlu risau ape-ape. Termasuk main ludah aje kat kami-kami.Ye la kalau kitorang marah for sure mak-mak mereka marah kitorang balik kan? 

Kenapa benda ni terjadi? Tepukla dada tanya la hati. Hahahaha. 

Saya pun tak sure kenapa benda ni terjadi. Mungkin bila sampai zaman anak mereka, mereka dah tak mampu nak marah. Ye la dulu anak orang kan. So boleh la nak marah sesuka hati. Anak sendiri haruslah ditatang macam minyak yang dah nak melimpah. Saya cuma bercakap dari apa yang saya lihat dan dengar.

Mana keadilannya?? 


Saya yang small heart.

p/s: Ayat gaya skema nak mati je tapi tunggang langgang.

Sunday, April 15, 2012

Style rambut yang stylo milo

Hollla.... I just cut my hair. Ala-ala retiss gitu tau. Tapi saya selalu potong rambut pendek sebab senang nak jaga. LAgipun rambut saya nipis dan suka buat drama dan cinta pun berguguran. So kasi pendek je la nak senang. Orang kedai tu pun cakap kalau rambut panjang, dia jadi berat and nanti nampak sangat macam botak.

Saya sebenarnya teringin jugak nak rambut panjang-panjang dan bergaya macam orang lain. Tapi cita-cita saya tak pernah kesampaian. Rambut yang menjadi idaman saya dah tentu tentu la rambut taylor swift. Rambut dia sangat-sangat cantik sampai saya rasa nak je pergi mintak rambut dia letak atas kepala saya.







Saya memang suka taylor swift. Tapi hati saya berkecai bile dengar gosip dia dengan lelaki yang saya suka. Sob.. Sob.. *kesat air mata* Awak... saya kecewa.. haha


Tapi rambut budak kecik yang saya tak tau name tu sangat-sangat la menarik minat saya. Kalau la rambut saya selebat hujan dimusim tengkujuh memang saya akan buat. Tengok la nanti saya pergi yun nam hair care kot-kot dapat lebatkan rambut balik. Baru boleh fikir nak baut rambut macam mane.

Saturday, April 14, 2012

Mari merepek versi bosan nak mati ni

Sekarang ni semua orang dah start busy dengan assignment masing-masing. Aku sorang je yang masih mampu nak bergumbira sakan tengok-tengok tv, online 24/7. Aku takde kerja ke? Jawapannya dah tentu la ade. Cuma mood nak buat kerja tu je tak sampai lagi. Lagipun relax-relax sudah. Ape nak stress kasi pecah kepala kan. nanti tak awet muda la. *aku stress jugak sebenarnya. Haha

Tapi walaupun tak buat kerja, aku masih lagi kebosanan. Ye la.. Takkan nak online aje. Mau termuntah hijau nanti. Nak keluar takde transport. kawan-kawan selalu busy. Aishhh....Kot dapat tengok wayang 4 5 cerita pun bagus jugak. Battleship dah keluar and sumer orang kata best. Wrath of the titans pun tak tengok lagi. Mirror Mirror. Aishhh. Aku meamng duduk dalam gua.

Jadi untuk menghilangkan kebosanan tu aku pun pergi la Taman Botani Shah Alam mase cuti pertabalan agong tu. MAsuk cuma bayar RM 3. tapi kalau nak naik basikal tu baik la datang awal pagi. Kitorang datang pukul 8 lebih pun basikal dah habis. Nak lagi senang datang la dgn basikal sendiri. Kalau nak masuk rumah 4 musim, memancing  kena bayar lain. Kitorang masuk pergi jalan-jalan je. Tak pergi pun tempat-tempat yang kena additional charge.









Should i say this is pre acedemic trip? sebab 16 april sampai 19 april kitorang nak pergi taman negara pahang. Ni aktiviti warm up la ni. Sejak-sejak duduk Shah Alam ni jauh aku melangkah untuk akedemik trip. Sebab dapat claim duit tapa.

Semoga kami selamat pergi dan selamat balik mase dekat Taman Negara nanti. Amin.....