Wednesday, December 21, 2011

Hadiah krismas yang belated kot...

Jingle bell..... Kat rumah dah ade pokok krismas dah sebijik. Nak tunggu santa datang hantar hadiah je. (nampak ngat menipunye)

Ni pasal voucher buku RM 200. Bile fikir-fikir balik, buku ape yang aku nak beli gune duit tu. Sebab secara logiknya course aku takde la memerlukan buku yang tebal lagi mahal harganya. Sebab, kitorang gune buku dari banyak sources. Sikit dekat sini, sikit dekat sana. Kire kitorang takde buku teks la. Cam sekolah dulu tu.  So nak beli sebijik tu cam malas la pulak. Benda nak guna sikit je. kadang tu satu chapter je. Dua ke tiga ke.

Tapi, dorang kate  boleh guna untuk beli buku akedemik, ilmiah, journal, stationary...etc yang berkaitan la.

So, tetibe, aku teringat balik satu buku yang aku gile babeng nak.

1] A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad


Oh man... Aku suke gila sama ini ex pm. dulu mase aku belajar, koko aku ambik pemikiran mahathir tau. Oleh kerana buku ini berharga RM 100, aku pun tak nak la beli. Bukan tak nak. Tapi tunggu aku kumpul duit dulu. Hahahahahahaha. *Terpaksa gelak panjang. Aku tak pernah terasa nak beli buku yang harga mahal-mahal guna duit sendiri.

2] 100 Marvels of the modern world


Buku ni pun tak silap aku RM100 jugak. Aku tak tau kenapa aku nak beli buku ni. Tapi.......................... Aku kan suka tengok design bangunan. Sebab tu kot aku tertarik dengan buku ni.

Kalau ikut perkiraan dan congakan dari otak smart aku ni, jumlah harga yang patut dibayar untuk dua buku ni 200 la kan? *Tapi kalau guna kad popular boleh dapat diskaun kan? 

So agak-agak, kalau beli buku ni boleh tak? 

Bole la.... Bole la... Bole la... Please... 

Nak sangat-sangat buku ni. Nak mintak letak atas dulang hantaran cam tak kena la pulak. 

Buku ni buku ilmiah ape. Aku kan student architecture...... Errr. Archituecture, planning and surveying punya faculty. So kire ok la kan? 

btw.... Sape2 yang rase dia student IPTA/IPTS korang jangan buat2 lupe korang boleh dapat duit 200 buat beli buku. *boucer actually. Tak boleh tukar jadi cash eh.

For more info sila la bace sendiri dekat sini ye.....point nombor 8 tu point paling penting tau.

voucher tu boleh tuntut in january sebab tu aku kate hadiah krismas yang dah belated. 

Semoga, buku yang selama ni aku nampak tersusun gah cantik dekat rak MPH akan berjaya dimasukkan kedalam plastik dan dibawa pulang ke rumah aku dengan selamat dan jayanya. 

Sekian terima kasih. Dan maafkan aku atas ke'skema'an ayat bm aku hari ni. 

Monday, December 12, 2011

Arkitek ternama abad ini punye kerja...

Seperti biasa, tanpa mukadimah.... aku nak stori pasal aku punye projek mega giga. Memang gempak gila la. *konon je.

Selama dua hari aku bertapa dekat kelang bandar di raja. Mula ingt dapat la jumpe raja tapi sebab aku cuma rakyat biasa tak boleh nak masuk istana sesuka hati mak nenek aku, aku pun tidur la dekat rumah jue. 

Seminggu ni, aku meroyan sorang-sorang dengan financial untuk projek re-development kitorang. *aku sekarang developer berjaya. Dan aku sebagai financial controller *bangge sebut jawatan aku, terpaksa la bersusah payah mengira costing dan profit untuk projek mega kitorang tu. sampai tahap dorang samekan aku dengan mamat ni


Lepas settle financial, aku tolong dorang wat model. Macam Miranda Kerr, Adrianna Lima tu. 2 hari jugak la nak menyiap kan menda alah tu. Aku just tolong sikit-sikit je. Tapi crucial part macam nak buat structure building tu memang usaha Wani, Jue dan Kak Wani sepenuhnya. Aku jadi landscape architect je. Taman-taman aku la yang buat. Hahaha.

So, hasil dua  malam berjaga adalah sangat-sangat gempak. Kitorang je la yang ras macam tu sebab usaha sendiri kan. Takkan nak kata buruk pulak. Tapi Mr. CEO pun puas hati, kitorang pun menarik nafas lega la.

Ape yang aku wat???
















.......................


















Poster by abg Yie... Tapi Mr CEO reject. So kitorang tukar jadi brochure...Cool! Simple je. Abg Yie the best la... Memang beyond compare... Tapi aku ade ubah sikit-sikit la sebab aku ade salah bagi info dekat dia hari tu.


Last but not least.... Malu nak tunjuk tapi ni another side of brochure kitorang. Errrr. Yang ni bukan beyond compare. Ni nothing to compare. Aku yang buat. Even tak setaraf dengan yang kat atas tapi kire on je la.


Done!! Habis sesi membangga diri. Hahaha. Dijemput hadir ke Estate Management Exhebition (EMPEX) pada 14 december 2011. Back to december all the time....

Monday, December 5, 2011

Cuti dulu dan cuti sekarang

Sekarang budak sekolah dah cuti kan. So agak-agak ape dorang buat dekat rumah tu? Of coz dorang dengan sakan bangun lambat kan. Hmmm. Seronok la tu?*ayat orang jeles.

Actually, ape agak-agak dorang buat masa cuti? Sebab sekarang ni dorang semua sibuk dengan internet. Ok la... Mesti ada jugak yang pergi jalan-jalan makan angin. But still dorang bawk lappy dorang kan? *aku pun macam tu. Tapi mostly dah bawak ipad and samsung tab dah sekarang ni.


Dulu-dulu jugak aku ade jugak la pergi jalan-jalan time cuti. Biase kitorang pergi pantai sepat. Kat pekan sebab umi aku duduk dekat situ. So, bawak makanan siap-siap dari rumah, then berkhelah dekat sana. Cuma sekrang je dah tak buat. Since pantai sepat dah tak berapa attractive lagi dah.

Budak sekarang aku nampak banyak hadap laptop je. tak pun psp ke ps ke. Paling canggih hadap smartphone dorang. AKU PERNAH NAMPAK BUDAK SEKOLAH RENDAH PAKAI BLACKBERRY. Mak dia punye kot.Perghhh! aku pun takde smartphone. Cukup la otak aku je smart. *ayat orang jeles lagi. Takpun tengok tv pun jadi... Ade astro kan. Takpun lepak dekat shopping mall, tengok wayang. Marathon 3 4 cerita sehari. Heaven sangat la tu? *Semua aktiviti di dalam perenggan ni adalah aktiviti aku masa cuti. Hahaha. Errr.. Still terkecuali pada part smartphone and PS tu. Jugak marathon movie. Marathon dalam laptop tu ade lah.

Tapi bila fikir sekarang ni kan... Aku still tertanya-tanya ape yang aku selalu buat time cuti sekolah dulu-dulu.

Last but not least....

HAPPY HOLIDAY...


Tema hari ni: kupu-kupu kaler biru. haha.