Wednesday, December 21, 2011

Hadiah krismas yang belated kot...

Jingle bell..... Kat rumah dah ade pokok krismas dah sebijik. Nak tunggu santa datang hantar hadiah je. (nampak ngat menipunye)

Ni pasal voucher buku RM 200. Bile fikir-fikir balik, buku ape yang aku nak beli gune duit tu. Sebab secara logiknya course aku takde la memerlukan buku yang tebal lagi mahal harganya. Sebab, kitorang gune buku dari banyak sources. Sikit dekat sini, sikit dekat sana. Kire kitorang takde buku teks la. Cam sekolah dulu tu.  So nak beli sebijik tu cam malas la pulak. Benda nak guna sikit je. kadang tu satu chapter je. Dua ke tiga ke.

Tapi, dorang kate  boleh guna untuk beli buku akedemik, ilmiah, journal, stationary...etc yang berkaitan la.

So, tetibe, aku teringat balik satu buku yang aku gile babeng nak.

1] A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad


Oh man... Aku suke gila sama ini ex pm. dulu mase aku belajar, koko aku ambik pemikiran mahathir tau. Oleh kerana buku ini berharga RM 100, aku pun tak nak la beli. Bukan tak nak. Tapi tunggu aku kumpul duit dulu. Hahahahahahaha. *Terpaksa gelak panjang. Aku tak pernah terasa nak beli buku yang harga mahal-mahal guna duit sendiri.

2] 100 Marvels of the modern world


Buku ni pun tak silap aku RM100 jugak. Aku tak tau kenapa aku nak beli buku ni. Tapi.......................... Aku kan suka tengok design bangunan. Sebab tu kot aku tertarik dengan buku ni.

Kalau ikut perkiraan dan congakan dari otak smart aku ni, jumlah harga yang patut dibayar untuk dua buku ni 200 la kan? *Tapi kalau guna kad popular boleh dapat diskaun kan? 

So agak-agak, kalau beli buku ni boleh tak? 

Bole la.... Bole la... Bole la... Please... 

Nak sangat-sangat buku ni. Nak mintak letak atas dulang hantaran cam tak kena la pulak. 

Buku ni buku ilmiah ape. Aku kan student architecture...... Errr. Archituecture, planning and surveying punya faculty. So kire ok la kan? 

btw.... Sape2 yang rase dia student IPTA/IPTS korang jangan buat2 lupe korang boleh dapat duit 200 buat beli buku. *boucer actually. Tak boleh tukar jadi cash eh.

For more info sila la bace sendiri dekat sini ye.....point nombor 8 tu point paling penting tau.

voucher tu boleh tuntut in january sebab tu aku kate hadiah krismas yang dah belated. 

Semoga, buku yang selama ni aku nampak tersusun gah cantik dekat rak MPH akan berjaya dimasukkan kedalam plastik dan dibawa pulang ke rumah aku dengan selamat dan jayanya. 

Sekian terima kasih. Dan maafkan aku atas ke'skema'an ayat bm aku hari ni. 

Monday, December 12, 2011

Arkitek ternama abad ini punye kerja...

Seperti biasa, tanpa mukadimah.... aku nak stori pasal aku punye projek mega giga. Memang gempak gila la. *konon je.

Selama dua hari aku bertapa dekat kelang bandar di raja. Mula ingt dapat la jumpe raja tapi sebab aku cuma rakyat biasa tak boleh nak masuk istana sesuka hati mak nenek aku, aku pun tidur la dekat rumah jue. 

Seminggu ni, aku meroyan sorang-sorang dengan financial untuk projek re-development kitorang. *aku sekarang developer berjaya. Dan aku sebagai financial controller *bangge sebut jawatan aku, terpaksa la bersusah payah mengira costing dan profit untuk projek mega kitorang tu. sampai tahap dorang samekan aku dengan mamat ni


Lepas settle financial, aku tolong dorang wat model. Macam Miranda Kerr, Adrianna Lima tu. 2 hari jugak la nak menyiap kan menda alah tu. Aku just tolong sikit-sikit je. Tapi crucial part macam nak buat structure building tu memang usaha Wani, Jue dan Kak Wani sepenuhnya. Aku jadi landscape architect je. Taman-taman aku la yang buat. Hahaha.

So, hasil dua  malam berjaga adalah sangat-sangat gempak. Kitorang je la yang ras macam tu sebab usaha sendiri kan. Takkan nak kata buruk pulak. Tapi Mr. CEO pun puas hati, kitorang pun menarik nafas lega la.

Ape yang aku wat???
















.......................


















Poster by abg Yie... Tapi Mr CEO reject. So kitorang tukar jadi brochure...Cool! Simple je. Abg Yie the best la... Memang beyond compare... Tapi aku ade ubah sikit-sikit la sebab aku ade salah bagi info dekat dia hari tu.


Last but not least.... Malu nak tunjuk tapi ni another side of brochure kitorang. Errrr. Yang ni bukan beyond compare. Ni nothing to compare. Aku yang buat. Even tak setaraf dengan yang kat atas tapi kire on je la.


Done!! Habis sesi membangga diri. Hahaha. Dijemput hadir ke Estate Management Exhebition (EMPEX) pada 14 december 2011. Back to december all the time....

Monday, December 5, 2011

Cuti dulu dan cuti sekarang

Sekarang budak sekolah dah cuti kan. So agak-agak ape dorang buat dekat rumah tu? Of coz dorang dengan sakan bangun lambat kan. Hmmm. Seronok la tu?*ayat orang jeles.

Actually, ape agak-agak dorang buat masa cuti? Sebab sekarang ni dorang semua sibuk dengan internet. Ok la... Mesti ada jugak yang pergi jalan-jalan makan angin. But still dorang bawk lappy dorang kan? *aku pun macam tu. Tapi mostly dah bawak ipad and samsung tab dah sekarang ni.


Dulu-dulu jugak aku ade jugak la pergi jalan-jalan time cuti. Biase kitorang pergi pantai sepat. Kat pekan sebab umi aku duduk dekat situ. So, bawak makanan siap-siap dari rumah, then berkhelah dekat sana. Cuma sekrang je dah tak buat. Since pantai sepat dah tak berapa attractive lagi dah.

Budak sekarang aku nampak banyak hadap laptop je. tak pun psp ke ps ke. Paling canggih hadap smartphone dorang. AKU PERNAH NAMPAK BUDAK SEKOLAH RENDAH PAKAI BLACKBERRY. Mak dia punye kot.Perghhh! aku pun takde smartphone. Cukup la otak aku je smart. *ayat orang jeles lagi. Takpun tengok tv pun jadi... Ade astro kan. Takpun lepak dekat shopping mall, tengok wayang. Marathon 3 4 cerita sehari. Heaven sangat la tu? *Semua aktiviti di dalam perenggan ni adalah aktiviti aku masa cuti. Hahaha. Errr.. Still terkecuali pada part smartphone and PS tu. Jugak marathon movie. Marathon dalam laptop tu ade lah.

Tapi bila fikir sekarang ni kan... Aku still tertanya-tanya ape yang aku selalu buat time cuti sekolah dulu-dulu.

Last but not least....

HAPPY HOLIDAY...


Tema hari ni: kupu-kupu kaler biru. haha.

Tuesday, November 22, 2011

Mereka tak ditakdirkan bersama

Aku ade bace satu artikel dekat blog mane tah,.. Pasal suami isteri. Whether dorang akan bersama mase dekat syurga nanti. Ade satu kes yang sangat dekat dengan hidup aku and aku pernah tertanya-tanya jugak la macam mane ending cerita tu.

Soalan dia : Ayah aku dah meninggal and mak aku kahwin lain. Nanti kalau dekat syurga ayah aku dapat sama-sama dengan mak aku tak.

Jawapan dia tak. Ape yang aku bace, perempuan yang kematian suami,dan dia kahwin lain akan bersama dengan suami terakhirnya. Suami terakhir adalah suami di syurga sekiranya suaminya menjadi ahli syurga.

Sedih jugak la bila terbaca artikel ni.

Tapi tu semua urusan tuhan. Aku harap ayah bahagia dekat sana.

I love you dad!

Tuesday, November 15, 2011

Tak guna punya orang

Budak-budak Uitm cuti seminggu start dari raya hari tu. Tapi aku cuti 2 minggu sebab sebelum raya aku pergi trip = makan angin = cuti-cuti malaysia keliling kedah, perlis dan langkawi.

Tapi aku takde terasa nak cerita pun pasal trip aku yang awesome tu. Aku nak cerita yang Wany kate budak medik cuti 2 minggu. Woahhh. Baru aku tau budak medic punya kuliah tak same dengan kitorang.

Ok. ape yang aku nak story dekat sini pasal dekat Delima tu, ada kucing terkurung dalam bilik. Agaknya dari start cuti hari tu la. Bukan kolej aku la. Tapi kolej Wany. So, dia dengan baik hatinya pergi suruh orang unit kolej tu bukak. Bila bukak, bilik tu dah bau hancing gile. *padan muka budak bilik tu* Kucing tu dah kurus macam aku. Errrrk! Dan kucing tu terus pergi toilet minum air.

Kesian giler kan. Kot ye pun nak bela ke ape ke kucing tu, kalau dah cuti seminggu dua ni lepas je la dia kat luar. At least dia boleh cari makan minum sendiri.

Buatnya kalau budak-budak bilik tu balik, kucing dah mati macam mane? Confirm tinggal bau jek. Kalau aku, aku geli nak pergi buang bangkai. lagi-lagi kalau yang dah seminggu dua punya bangkai. Yang dah mula nak tercabut kulit sana sini. Hahahaha. Kalau sehari takpe aku nak angkat pergi buang.


Tau tak sekarang kita boleh bela harimau? name dia toyger tapi bukan la harimau pun. Takat name dia je. Kire binatang ni mix blood la. Macam pan asian gitu la lebih kurang... Hahaha. Tapi comel giler. Dorang breed dari various baka domestic cat. Aku tak sure same keturunan tak binatang ni dengan kucing hutan. Aku suke giler dekat kucing hutan tau. nanti kalau kahwin aku nak mintak kucing hutan sekor la buat hantaran. Tapi aku tak nak jaga la. Suruh orang yang bagi tu jaga. Boleh kan gitu? Sebab orang kata bila dah sayang semua sanggup. Hahaha.



*Tiba-tibe termasuk gambar kucing hutan pulak.

Kalau nak ikut sewel kepala otak aku, semua binatang aku nak bela. Dulu aku nak suger glider Kucing hutan la. beruang koala la. hedgehog la. Aku rasa aku patut bukak zoo then aku jadi the boss. Sebab aku nak bela je tapi nak jaga aku malas.

Last but not least... Gambar duger glider kena la isi jugak.. Comel tu. Haha

Monday, October 24, 2011

Aku semakin rajin

Saturday, October 22, 2011

Saturday again??

Friday, October 21, 2011

Building yang kyahhh!!



OMG! Macam tak sangka bangunan macam ni boleh ada kat malaysia. Memang jaw drop 10 saat masa mula-mula tengok. Well... Ade duit semua boleh buat kan. Ape-ape pun Hijjas Kasturi memang the best la.

Aku jumpe bangunan ni kat sini... Ade info sikit la pasal the pod, Pj kat situ.

p/s: Sekali tengok macam croissant kan.. Lapar.. Lapar...

Saturday, October 15, 2011

Tajuk fyp dah approve and i'm the happiest person in the world rite now

Tangan aku gatal nak update but then aku tak tau nak tulis ape. So i think i wanna talk about the fyp. Dua kali tau kena pergi present tajuk and thanks god i passed on the second time. So the title that i got is Factor that affect decision to purchase the first house. Cool isn't it? Dengan kerajaan baru announce the 'my first home scheme' punya house price increase from 220k to 400k. So tajuk tu gonna be interesting... Maybe.. But I hope so la.
Harga rumah macam dah melampaukan sekarang? Sampai boleh cecah Juta-juta. OMG! Time aku nak beli rumah nanti entah macam mane la. Itu baru harga rumah. Belum harga barang baby. Errrr. Kenapa tiba-tiba pasal barang baby lak ni?


Tapi the main point yang aku nak update sekarang ni semua benda dah mahal sekarang. Owwwyeahh! dan harga rumah adalah salah satu dari benda yang dah mahal tu.
Aku ada jumpa satu solution yang konon cambes la kan. It is Beli rumah lelong dari bank. Yeah! Macam bijak kan..Tapi beli rumah lelong pun tak senang tau. Still ada factors yang we have to consider bila kita decide nak beli rumah tu.


Payah! Payah!


Aku nak kena kerja sungguh-sungguh la nanti eh? And yeah aku takde terfikir nak kerja government even mak abah aku sibuk lelong name aku konon future ptd la, d.o and whatsoever. Tapi aku??? Nak duduk rumah goyang kaki je. Hahaha. Aku of coz la tak nak. W


Sorry mom bt i have my on dream la. DAh la nak jadi architect tu dah kira burn. Dah tak tercapai akalmu dah. So now.. lemme decide what i wanna do eh?



Conclusion is.... Aku nak kerja dengan MAS la... Agak-agak layak tak?

Friday, September 30, 2011

Kecewa lagi??

Terima kasih diatas permohonan saudara/saudari untuk mendapatkan penajaan JPA. Walaubagaimanapun, permohonan saudara/saudari tidak berjaya

Sekian, terima kasih. <------- ayat orang jpa tu.

AKU SENTAP!!!!!!! NAK TIDO. BYE!

Sunday, September 25, 2011

SMARTIES yang cekik darah


Alkisah waktu aku pergi jalan-jalan kat jj tadi. Aku sauk satu smarties besar. Aku tak ambik dekat tempat dia. Tapi aku ambik yang orang tinggal dekat tempat cekedis. Gile la tak senonoh. Sambil tu aku cakap ngan pa "yang besar gini biasanya mahal weh." Tapi aku ambik jugak.

Sekali masa nak bayar kau kaunter harga menda alah tu 13.50. Huuuu. Aku bajet dalam 8 9 ringgit je. Nasib la ade duit. Buatnya aku takde duit. Tak ke saje mengundang malu untuk diri sendiri tu.

Macam skittles jugak la. Dulu mase tak keluar iklan yang orang duduk atas pelangi tu sebungkus kecik seringgit dua posen je. Tapi sekarang dia dah buat dalam bekas yang macam dentyne tu harga dia dah jadi tujuh ringgit setengah.

Last but not least..........................................................

AKU DAH TENGOK BINI-BINIKU GANGSTER!!!


Sekian........

Friday, September 23, 2011

Stress Yang dah tak terlampau

Hoyeeeeeeeehhhhhhh!!!

Yayyyy!! Aku less than three *nak skema ayam je* Uitm very2 mush!

Aku dapat kolej! Alhamdulillah. Tak rugi percaya pada ayat Allah dalam surah Al Insyirah tu. *credit to shera*

Alkisah, Tadi lepas habis kelas, aku suruh jue tolong hantar pergi budisiswa. Nak cek nama untuk penempatan la kan. Pergi dengan semaangat juang yang tak berapa nak tinggi sebab harapan nak dapat memang tak de.

Sampai-sampai, aku tekan loceng. Mate melilau je atas kaunter tu. Then terus melekat pada sehelai kertas yang...... Menakjubkan! Name senarai penempatan yang ada nama aku tercatat atas kertas tu. Terus sengih lebar tapi sesaat je. Lepas tu aku perasan name aku kena potong and replace with another name. Aku pun...

Aku: Senarai ni bila keluar ye? (aku buat-buat tanya. Mana la tau keluar semalam ke and aku terlambat nak register.)

kakak ukk : Hari ni la.

Aku : ooooo... Tapi kenapa ye nama saya kena potong? *Sambil tunjuk kat nama aku.

kakak ukk : Eh? Tadi budak ni kata awak tak nak kolej. Dia call awak depan saya tadi.

Aku : saya tak dapat call sape-sape pun lagi hari ni.

kakak ukk : budak ni tipu la ni. Jap ek? *die pergi call kolej teratai.

Then bila dia datang balik, siap mintak kad matrik aku lagi. Memang sah tu nama aku. Dia pun bagi la slip lain. And aku still dapat bilik.

Budak tu aku tak tau la ape tindakan yang dia kena. Aku harap meamng dia kena ambik tindakan. Aku bukan nak revenge ke ape. Tapi biar dia sedar. Kalau bukan kat aku mesti dia buat kat orang lain kan. Kitorang bersusah payah turun naik budisiswa 3 4 kali nak dapatkan kolej dia senang-senang je nak menipu.

To you (Name tak ingat) jangan la nak buat kerja senang macam tu. bilik dia T3209 kot. Kot la rajin nanti aku pergi buat sesi suai kenal dengan dia nanti kan.

Bye! Orang hepi nak kemas barang. Nak pindah la katakan.

Thursday, September 22, 2011

Stress Yang terlampau


S   T   R   E   S   S 


Satu word je yang aku mampu gambarkan diri aku sekarang. Poor me isn't it? Appeal untuk kolej still tak berjaya. Pending. Dah dua tiga kali naik budisiswa tu but still pending. Dah gaya beggar je dah. Kalau ikut perangai aku meamng aku dah cari rumah kat luar dah. Tapi sebab nak duduk sorang dengan orang baru tu meamng mustahil la. Mahu sampai habis sem aku tak bertegur sapa dengan dorang nanti. So, tunggu la seminggu dua lagi kot dapat kolej kan.

Sekarang, aku dapat hobi habit baru. Tidur malam nak mengigau. Malam tadi aku tersentak nasib tak angkut bantal je tidur kat luar sebab mimpi  ular dekat sebelah. Malam dulu aku menjerit sebab mimpi there was something trespassing into my body. Tak guna punya binatang. Masuk dalam badan aku suka-suka hati je tanpa izin aku..  Hahaha~ Gelak la. Gelak selagi boleh. Tapi aku rasa benda ni tak kelakar langsung ok! Buatnya aku mengigau terjun bangunan? Lawak la tu? Aku sangat sayang nyawa aku ni tau. *Emo la pulak kan.

Sorry to roomate baru ati sebab aku rasa bila aku buat action tengah malam dia terjaga. Mane taknya kalau dah menjerit tak ingat dunia kan. Tapi still under control boleh lagi la buat tak tau kan. Nanti kalau problem ni getting worse, pandai la aku amik intiative nak pergi jumpa mane-mane psychologist ke. kaunselor ke. Nak jumpa Ashraf muslim tu aku tak sanggup. Aku dah patah riuk hati aku kecewa dengan dia. Haha~

Rumusan yang boleh aku buat *Tapi idea dari shera* Shah Alam ada cas negetive kot. Haha. Tapi kalau ikut aku punya conclusion, aku tidur dengan otak celaru. Memang la tak tenang kan.

So tadi aku jalan-jalan pakai jari... Dunia kat hujung jari kan. Aku ada la jumpe cara nak hilang kan stress. Aku harap berkesan untuk aku follow.



p/s: Tahap kebiolan aku yang semakin meningkat dari masa kesemasa. Semoga nak sampai ke hujung sem nanti otak aku still berfungsi dengan baik. Hahhaha. Kot nanti otak mengong mau menangis aku nak menjawab exam.

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday yang ada word


fes time tgk wayang 3d... tapi 4d dah pernah tengok *statement orang nak riak* Harry potter yang last. Siap tengok fes day tayang lagi and cha'e ponteng praktikal. Haha..

Aku memang ketinggalan zaman. So what? Aku kan cyclops mane ade laser. Orang lain mate ade.

mira jangan jeles eh aku kuar date dengan cha'e...

sekian~

Wednesday, September 14, 2011

Mane best?


Selalu angan-angan cecah langit kan... Tapi betul-betul terasa nak tukar handphone baru. Uwaaaa... Takde ke sape-sape nak bagi handphone free kat aku. Nak. Nak.

Kalau aku hentak hentak kaki depan kedai tepon boleh orang tu jual RM 700 je kat aku? Seribu lebih mane aku mampu. Kot RM700 tu pun aku tak mampu lagi. Aku nak kahwin la. Mintak handphone buat hantaran. Nak jugak!

*Tahap kesewelan aku makin bertambah sejak rayuan kolej aku macam ditongsampahkan.

Tuesday, September 13, 2011

permohonan kolej yang sangat tak seronok.

Aku cek dekat e-hep...

Permohonan kolej anda gagal.......

Aku pun sentap giler. Then tadi, aku pergi nak buat rayuan sebab masa aku datang hari ahad ari tu aku dah kena sound "Tak nampak ke tulis kat situ lain-lain rayuan 13hb?" Fine. Aku buta huruf nak buat macam mana?

Dipendekkan cerita. pagi tadi aku dengan gigihnya bangun pukul 6.30 sebab takde air. Nak turun awal la kononnya. Nak jadi orang first yang tercongok kat kaunter unit kolej tu. Sekali aku turun pukul 7.30, barisan dah cecah 100m. Dari depan unit kolej sampai ke jalan dah. Gile!

Agak-agak pukul berapa orang yang depan kaunter tu turun? Aku bajet pukul 6 mesti dah turun beratur kan. Lagi gigih dari aku.

Tapi tadi pakcik tu bagi kertas suruh tuliss nama. Dia kata lepas tulis pergi kelas. Aku cakap dengan J, ni gaya konspirasi gelap nak halau kita je weh. Mane tau dia suruh kitorang pergi kelas pastu dia layan yang tinggal tu je.

Kalau dekat perak pun aku rasa senang lagi nak dapat kolej even penempatan terhad. Takde la beratur gaya orang somalia tunggu bantuan makanan. Ini dah gaya mangsa banjir dah masing-masing beratur. Siap boleh bersila bukak kedai kopi pun ada.

So sekarang aku kena tunggu la keputusan rayuan. Pleaseeee Uitm.. Saya nak kolej. I less than 3 uitm.

Monday, September 12, 2011

Demam mengada-ada

Halluuuu hunny bunny.... Lame tak bukak mendalah ni kan....

Heh! jadi babysitter tak berjaya mana ada line internet. 3G coverage pun takde. Sedih. Balik rumah Internet pun down jugak. Orang TM kate cable bawah tanah rosak. Padahal aku tau dorang saje dengki dengan aku tak bagi nak buat kerja. Sampai hati TM.

Starting besok... Or is it today? 12 sept aku dah kena start kuliah. Yeeeeeehaaa! tak happy langsung. Ada kerja tak siap lagi. 4 tajuk untuk final project yang lecturer mintak tak buat lagi even satu pun. So mood nak belajar memang kelaut.

Paling seronok aku demam before balik, Itu namanya demam mengada. Bukan sebab nak tinggal rumah. Tapi sebab malas belajar. Flu! Macam haper je. Letih tau??? Sakit hidung ye jugak.


Life aku untuk 4 bulan akan datang. bosan!! Makin tebal la spec aku. Nerdy. omaiiiigosh! BTW... Sape la roomate baru aku nanti. Harapnya tak la jenis tidur tak tutup lampu eh. menangis tak berlagu aku nanti. Nisa dah meninggalkan aku untuk bersama dengan Izi. Semoga dia bahagia dengan teman barunya. ------>(ayat orang patah hati)

Actually, aku bukan dapat kolej pun lagi. Duduk menumpang dulu. Haha. Nanti baru mintak semula. Harap-harap dapat sebab aku tak nak duduk luar. Sewa mahal. Transport takde. Lagipun kalau duduk dalam boleh bangun lambat. Hhahahaha. Itu yang penting.

Harapan sem baru...

1] Nak belajar rajin-rajin... *Ayat wajib tiap-tiap sem
2] Tak nak buat keje last minutes... *Kalau ayat ni boleh bertukar jadi duit confirm audi R8 dah ada depan rumah sebijik.
3] Nak score final... Please.. Please... Aku desprate for good pointer ni...

Tu je.. Aku tak letak harapan tinggi sebab yang tiga tu pun tak pernah tercapai dari aku diploma lagi. Haha...

p/s: Besok aku ponteng kelas. Demam la katakan. Haha. Sorry la lecturer...

Saturday, August 20, 2011

maman itu penyayang orangnya,..

Thursday, August 4, 2011

Dapat Baby baru

31 July.....

11.30 malam...

My second baby keluar... 

Kyahhh... she's so cute.. kawaiii... Muka tembam gila. Bila nangis merah sangat-sangat. Kalau ikut kakwa dia, nak bagi nama Maryam Imaani ke Hannah Ibtissam ke Hidni Imanina ke. Tapi mama dengan papa dia bagi nama Fathiah Damia. Makna dia pembukaan yang diberkati. Memang dia lahir pada hari pembukkan bukan ramadhan yang penuh dengan berkat kan.

Semoga dia charming macam maman jugak. Maman jangan risau.. Kakwa still sayang maman lebih. Maman cute sayang adik dia. Tapi adik dia tu kena panggil baby. Kalau panggil adik dia menangis. Sebab adik tu dia. haha. Comel kan.

p/s: Selamat enyambut bulan ramadhan. Terawih kasi penuh tau. Jangan sibuk nak moreh je.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday



Err.. Hari without word or kurang word??

Tuesday, July 26, 2011

Pilu la kakwa..

Monday, July 25, 2011

Telur Kura-kura

Kura-kura andak bertelur. Kura-kura yang takde kapel pun boleh bertelur ke? Ke ada yang buat perkara sumbang pada kura-kura tu tapi tak nak bertanggungjawab?

Ingat itik je yang bertelur all the time tak kira ade kapel ke tak.


Haih.. Betina rupenye kau eh si pemalas.. Tau nak makan tidur makan tidur je. Dah la makan banyak. Sekarang dah bertelur. Bertelur la banyak-banyak lagi. sebijik mane cukup. Haha..

First time tengok telur kura-kura. Teruja sekejap. 



Friday, July 8, 2011

A day in Kellie's Castle

Hi all... hawau how are you?.. I hope you guys doing fine.. InsyaAllah...

Ini n3 orang gile tak boleh tidur tapi still telan white coffee and choclate cake pada pukul 0251. Haha... I know i am crazy. But who care... Mate aku kan.

Actually today i want to share some moments with you guys when we went to Kellie's Castle. For those who are or were studying in Perak, it is compulsory (ayat kene gempak) for them to go to the Kellie's castle at least once. 

Actually, Mase pergi tu, kitorang tak tau ape2 pun. Yang kitorang tau, kitorang nak pergi kenduri kahwin abang clasmate kitorang. Then, Ikhwan dengan alep sengih sengih jahat cakap kat kitorang "Korang tak bawak baju eh? kite nak pegi somewhere else lepas kenduri ni."

Sungguh mulia kan hati mereka. Tak inform kat kitorang awal awal. Tapi since Ikhwan kate tempat tu sesuai pakai baju kurung, kitorang on je. Rupe rupe nye Kellie's Castle.... Hampeh~

Mase kitorang pergi tu.. tengah hari. Ramai jugak la orang. Tapi kitorang tak rase pelik pun pakai baju kurung sebab mase tu ade photoshoot 2 pasang pengantin. Tak la rase out of place sangat. Rase cool pulak pergi tempat tu pakai baju kurung.



Tempat tu memang cantik giler kalau nak buat wedding punye photoshoot. Tapi careful la sikit. Mane tau nanti kot kot tersembul muke helen dalam gambar. Takpun encik Kellie's tu. Haha.. goosebump aku mase tulis bende ni.

For those yang tak tau, Kellie's Castle terletak dekat Batu gajah, perak. Yang famous dengan cerita cerite dari alam anker die tu. Kalau berminat nak tau cube cek dekat sini. Kalau tanye aku, aku no komen. Takuttt!!

Back to the story, takkan pengantin tu je nak bergambar. Kitorang pun nak jugak kan....


See. Banyak kan tempat nak melaram ambik gambar. Cerite Antoo fighter pun buat dekat sini.

Kalau sape sape nak pergi better bawak gps. Susah woo nak cari tempat die... Haha.. Tipu je. Kellie's Castle ni terletak dekat tepi jalan je. Sebelah dia ade kuil. Asal nampak signboard batu gajah tu ikut je la. Sampainye nanti sebab batu gajah tu bukan besar mane pun. Nak jalan kaki pun boleh. Kalau dah sampai Kellie's Castle tu, pergi la terus jalan kat Hospital batu gajah. Wad bersalin die sebelah kubur kristian. Dah la bangunan lame. Scary habis la. Ala ala suster ngesot gitu.

Untuk sape sape yang layan cerite Anna and the king, salah satu filming location die ade dekat Clearwater Sanctuary resort. Dekat batu gajah jugak. Boleh la melawat tasik yang jadi one of the filming location die.

Rasenye cukup la aku jadi tourist guard yang tak bertauliah. Aku tak pandai bagi direction ok! Aku akan sebut "masuk sini" instead of "Masuk kiri/kanan" sebab kepale otak aku lambat nak translate mane kiri mane kanan. Ye ak tau aku cacat. Haha~

Last word: Pergi la jalan dekat perak. Banyak tempat yang best-best. 3 tahun aku dekat situ, zoo taiping je aku tak pergi. Yang lain sumer dah jejak. Almost semua. Sampaikan muzium pasir salak tu pun kitorang pergi. Takde kerja.. Biasa la.

Peace~

Wednesday, July 6, 2011

Kisah cinta: Aku & jiran sebelah

Mase mule mule cuti, Aku tak perasan pun jiran baru dah bertukar rupe. Ingatkan nurse tu lagi. Tapi kalau nurse tu kenape lak ade sofa kat luar dengan kereta 2 3 bijik depan rumah. Die duduk dengan suami die je rasenye.

Sampai la adik aku bg tau jiran baru dah bertukar. Then 1 hari aku pergi beli barang dapur *cewah!, adik aku kate "Kak tu jiran kite tu" Sambil tunjuk sorang cashier kat situ.

Aku pun dengan aura kerek tanye dia balik "So? Ade kaitan dengan kakak ke?"

Tapi sekarang......

Kalau aku nampak die keluar rumah mate aku terus je lekat dekat dia. Haha. Gatal.... Saje je buat gosip artis popular untuk mengelakkan cuti aku yang panjang ni bosan dan kaku sahaja. *Ayat power gile.

Jadual kerje die pun aku tau! Name die.. Muhammad Naim. Yeah!! Hebat tak. Tapi yang tak best nye aku bukan jenis nak beramah mesra dengan jiran tetangga kan. So aku buat tak tau je la even mase aku sidai baju die pun ade dekat luar.

So, aku buat keputusan untuk buat surat untuk dia.

Wawa Binti Ayie
address
6th  July 2011

Kehadapan jiran sebelah rumah.

Ape khabar? Saye, budak perempuan yang duduk sebelah rumah awak.

Saye ade satu je soalan, Kenape awak tak nak tegur saye ha? awak tau tak mase adik awak hantar mee bandung dekat rumah saye, saye sangat gembira kerana mak mentua saya sangat baik hati dan pandai memasak. Nanti saye masak sedap sedap saye hantar dekat rumah awak pulak ek?

Saya akan pastikan sebelum saye balik chenor awak kene barcakap dengan saya. Haha

Bye.

p/s: Yang benar nak kene isi kat kanan ke kiri ha?? 

Yang benar,

wawa

Lebih kurang la. Haha~ Tak pernah hayat aku tulis surat dekat jiran sebelah.


Hensem kan jiran sebelah rumah aku. Kalau sape sape nak kenal pun boleh. Aku tak berkire pun. Sharing is caring kan.

Jom makan hash brown lepas tulis surat. Peace~

Tuesday, July 5, 2011

Teknik meraih simpati

Monday, July 4, 2011

OMG!! I baked my blog

My blog! Masuk dalam oven today. Huuuu.... Bile keluar jadi macam ni:


Serious shoot sedap! Tapi nak siapkan sebijik kek tu gaye nak siapkan hantaran kawen je. Dah la sorang2 buat. Memang tekontang kanting la. Mak takdekan. Bile mak tau aku nak buat kek dia kate: Mak takde baru nak buat kek. 

Hehe~ Peace mak. balik nanti mak makan ye.

So aku kena la cari url baru untuk blog aku. Choc chips dah tabur kat atas cake yang dah sah sah la kene tambah esen vanilla ni dah selamat ditongsampahkan ke dalam perut kitorang adik beradik. 

Pape pun, jom makan kek yang dah diberi pakai baju coklat.. slrupppp.... erkkk! Semacam je rupe kek ni bile dah letak toping. Rasenye kat area rumah aku takde kerbau ngan lembu.

 

p/s: kuang asam kau ja. aku call nak mintak resipi nak wat topping kau tak angkat pun.. so aku makan kek kau tengok je la. 

Sunday, July 3, 2011

Rase nak menyorok dalam gua

Hoyehhhh!! Haluuuu....

Ade orang malukan aku! Sampai tahap tak tau nak campak mane muke ni. Aku yang rase respek dekat die mule2 terus rase nak bertukar jadi juggernaut. It started when I bought a ticket from kuantan to temerloh. Then dapat duduk sebelah mamat yang agak alim. 

Mamat tu duduk dekat belah tingkap. Sebab aku masuk lambat. Bile aku dah duduk, dia mule la macam cacing kerawit panas. Siap duduk rapat gile dengan tingkap. Tau2 je la bas trans yang short distance ni sempit. Tak macam kesatuan express. Seat besar gedabak sampai tidur macam tak nak bangun dah. Back to the story, seat sangat sempit tu aku rase giler luas sebab mamat tu kalau boleh bukak tingkap aku rase dia dah terjun ke bawah.

kemon la! Aku bukan nak buat ape2 pun. Aku nak duduk je. Tak pernah lagi ade kes aku lentok dekat orang sebelah tau. Dia tak senang duduk, aku pulak tak senang hati tengok dia macam tu. Dalam otak aku fikir benda yang bukan2. Aku fikir dia mesti mengate aku dalam hati kan.

Tapi aku tak buat salah! Aku naik bas on a sunny day. Bukan Breaking dawn ke Eclipse ke. Siang hari matahari terpacak atas kepala lagi kalau jam baru pukul 2pm. Then, bile pakcik tu tutup pintu bas dia terus bangun. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat dia.

"Nak lalu boleh? banyak lagi seat kosong kat belakang tu."

Sentap giler ayat dia kan... .... huh! Mase dia cakap tu, pompuan dekat depan aku pandang2 aku, yang dekat sebelah pun pandang2. Kalau la boleh aku tukar jadi kecik memang aku buat dah. Aku bukan tak mau tukar seat. Tapi aku selalu tak bernasib baik kena halau dengan tuan seat yang sebenar. Sebab tu la aku ambik keputusan duduk diam diam dekat tempat aku. Tapi........

Aku jerit macam ni la dalam bas tu


Aku paham dia tak selesa. Go on je la nak tukar tempat. Tapi segan jugak la bile dia buat aku macam tu. Aku balik rumah, citer kat ja, die gelak2. Pastu mase tu agak panas. Dia kate mamat tu tinggal dosa duduk sebelah2 tu dekat aku la kot. Ngek la kau. Bukan aku pegang2 dia pun. Jarak kitorang duduk tu gajah pun boleh lalu tau.

Sampai kat simpang chenor aku nak turun, aku pandang mamat tu. Dia duduk belakang sekali la. Seat single. Nape kau dari awal tak beli tiket untuk seat single hah?? dah malukan aku baru nak pergi seat single. Baling heels 4 inchi biar terpacak dekat dahi baru tau.

Patut nye mamat tu naik teksi sorang2. Takde masalah aku-lelaki-kau-perempuan-kita-bukan-mahram-so-kau-tak-boleh-duduk-sebelah-aku.

Nak makan menda ni boleh tak? nak sekarang!!
p/s: Mak cepat la balik. Tadi mase masak ikan, minyak panas kena kaki.. Sakit. Biase la anak ditinggalkan. Kena la survive sendiri.