Friday, September 30, 2011

Kecewa lagi??

Terima kasih diatas permohonan saudara/saudari untuk mendapatkan penajaan JPA. Walaubagaimanapun, permohonan saudara/saudari tidak berjaya

Sekian, terima kasih. <------- ayat orang jpa tu.

AKU SENTAP!!!!!!! NAK TIDO. BYE!

Sunday, September 25, 2011

SMARTIES yang cekik darah


Alkisah waktu aku pergi jalan-jalan kat jj tadi. Aku sauk satu smarties besar. Aku tak ambik dekat tempat dia. Tapi aku ambik yang orang tinggal dekat tempat cekedis. Gile la tak senonoh. Sambil tu aku cakap ngan pa "yang besar gini biasanya mahal weh." Tapi aku ambik jugak.

Sekali masa nak bayar kau kaunter harga menda alah tu 13.50. Huuuu. Aku bajet dalam 8 9 ringgit je. Nasib la ade duit. Buatnya aku takde duit. Tak ke saje mengundang malu untuk diri sendiri tu.

Macam skittles jugak la. Dulu mase tak keluar iklan yang orang duduk atas pelangi tu sebungkus kecik seringgit dua posen je. Tapi sekarang dia dah buat dalam bekas yang macam dentyne tu harga dia dah jadi tujuh ringgit setengah.

Last but not least..........................................................

AKU DAH TENGOK BINI-BINIKU GANGSTER!!!


Sekian........

Friday, September 23, 2011

Stress Yang dah tak terlampau

Hoyeeeeeeeehhhhhhh!!!

Yayyyy!! Aku less than three *nak skema ayam je* Uitm very2 mush!

Aku dapat kolej! Alhamdulillah. Tak rugi percaya pada ayat Allah dalam surah Al Insyirah tu. *credit to shera*

Alkisah, Tadi lepas habis kelas, aku suruh jue tolong hantar pergi budisiswa. Nak cek nama untuk penempatan la kan. Pergi dengan semaangat juang yang tak berapa nak tinggi sebab harapan nak dapat memang tak de.

Sampai-sampai, aku tekan loceng. Mate melilau je atas kaunter tu. Then terus melekat pada sehelai kertas yang...... Menakjubkan! Name senarai penempatan yang ada nama aku tercatat atas kertas tu. Terus sengih lebar tapi sesaat je. Lepas tu aku perasan name aku kena potong and replace with another name. Aku pun...

Aku: Senarai ni bila keluar ye? (aku buat-buat tanya. Mana la tau keluar semalam ke and aku terlambat nak register.)

kakak ukk : Hari ni la.

Aku : ooooo... Tapi kenapa ye nama saya kena potong? *Sambil tunjuk kat nama aku.

kakak ukk : Eh? Tadi budak ni kata awak tak nak kolej. Dia call awak depan saya tadi.

Aku : saya tak dapat call sape-sape pun lagi hari ni.

kakak ukk : budak ni tipu la ni. Jap ek? *die pergi call kolej teratai.

Then bila dia datang balik, siap mintak kad matrik aku lagi. Memang sah tu nama aku. Dia pun bagi la slip lain. And aku still dapat bilik.

Budak tu aku tak tau la ape tindakan yang dia kena. Aku harap meamng dia kena ambik tindakan. Aku bukan nak revenge ke ape. Tapi biar dia sedar. Kalau bukan kat aku mesti dia buat kat orang lain kan. Kitorang bersusah payah turun naik budisiswa 3 4 kali nak dapatkan kolej dia senang-senang je nak menipu.

To you (Name tak ingat) jangan la nak buat kerja senang macam tu. bilik dia T3209 kot. Kot la rajin nanti aku pergi buat sesi suai kenal dengan dia nanti kan.

Bye! Orang hepi nak kemas barang. Nak pindah la katakan.

Thursday, September 22, 2011

Stress Yang terlampau


S   T   R   E   S   S 


Satu word je yang aku mampu gambarkan diri aku sekarang. Poor me isn't it? Appeal untuk kolej still tak berjaya. Pending. Dah dua tiga kali naik budisiswa tu but still pending. Dah gaya beggar je dah. Kalau ikut perangai aku meamng aku dah cari rumah kat luar dah. Tapi sebab nak duduk sorang dengan orang baru tu meamng mustahil la. Mahu sampai habis sem aku tak bertegur sapa dengan dorang nanti. So, tunggu la seminggu dua lagi kot dapat kolej kan.

Sekarang, aku dapat hobi habit baru. Tidur malam nak mengigau. Malam tadi aku tersentak nasib tak angkut bantal je tidur kat luar sebab mimpi  ular dekat sebelah. Malam dulu aku menjerit sebab mimpi there was something trespassing into my body. Tak guna punya binatang. Masuk dalam badan aku suka-suka hati je tanpa izin aku..  Hahaha~ Gelak la. Gelak selagi boleh. Tapi aku rasa benda ni tak kelakar langsung ok! Buatnya aku mengigau terjun bangunan? Lawak la tu? Aku sangat sayang nyawa aku ni tau. *Emo la pulak kan.

Sorry to roomate baru ati sebab aku rasa bila aku buat action tengah malam dia terjaga. Mane taknya kalau dah menjerit tak ingat dunia kan. Tapi still under control boleh lagi la buat tak tau kan. Nanti kalau problem ni getting worse, pandai la aku amik intiative nak pergi jumpa mane-mane psychologist ke. kaunselor ke. Nak jumpa Ashraf muslim tu aku tak sanggup. Aku dah patah riuk hati aku kecewa dengan dia. Haha~

Rumusan yang boleh aku buat *Tapi idea dari shera* Shah Alam ada cas negetive kot. Haha. Tapi kalau ikut aku punya conclusion, aku tidur dengan otak celaru. Memang la tak tenang kan.

So tadi aku jalan-jalan pakai jari... Dunia kat hujung jari kan. Aku ada la jumpe cara nak hilang kan stress. Aku harap berkesan untuk aku follow.



p/s: Tahap kebiolan aku yang semakin meningkat dari masa kesemasa. Semoga nak sampai ke hujung sem nanti otak aku still berfungsi dengan baik. Hahhaha. Kot nanti otak mengong mau menangis aku nak menjawab exam.

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday yang ada word


fes time tgk wayang 3d... tapi 4d dah pernah tengok *statement orang nak riak* Harry potter yang last. Siap tengok fes day tayang lagi and cha'e ponteng praktikal. Haha..

Aku memang ketinggalan zaman. So what? Aku kan cyclops mane ade laser. Orang lain mate ade.

mira jangan jeles eh aku kuar date dengan cha'e...

sekian~

Wednesday, September 14, 2011

Mane best?


Selalu angan-angan cecah langit kan... Tapi betul-betul terasa nak tukar handphone baru. Uwaaaa... Takde ke sape-sape nak bagi handphone free kat aku. Nak. Nak.

Kalau aku hentak hentak kaki depan kedai tepon boleh orang tu jual RM 700 je kat aku? Seribu lebih mane aku mampu. Kot RM700 tu pun aku tak mampu lagi. Aku nak kahwin la. Mintak handphone buat hantaran. Nak jugak!

*Tahap kesewelan aku makin bertambah sejak rayuan kolej aku macam ditongsampahkan.

Tuesday, September 13, 2011

permohonan kolej yang sangat tak seronok.

Aku cek dekat e-hep...

Permohonan kolej anda gagal.......

Aku pun sentap giler. Then tadi, aku pergi nak buat rayuan sebab masa aku datang hari ahad ari tu aku dah kena sound "Tak nampak ke tulis kat situ lain-lain rayuan 13hb?" Fine. Aku buta huruf nak buat macam mana?

Dipendekkan cerita. pagi tadi aku dengan gigihnya bangun pukul 6.30 sebab takde air. Nak turun awal la kononnya. Nak jadi orang first yang tercongok kat kaunter unit kolej tu. Sekali aku turun pukul 7.30, barisan dah cecah 100m. Dari depan unit kolej sampai ke jalan dah. Gile!

Agak-agak pukul berapa orang yang depan kaunter tu turun? Aku bajet pukul 6 mesti dah turun beratur kan. Lagi gigih dari aku.

Tapi tadi pakcik tu bagi kertas suruh tuliss nama. Dia kata lepas tulis pergi kelas. Aku cakap dengan J, ni gaya konspirasi gelap nak halau kita je weh. Mane tau dia suruh kitorang pergi kelas pastu dia layan yang tinggal tu je.

Kalau dekat perak pun aku rasa senang lagi nak dapat kolej even penempatan terhad. Takde la beratur gaya orang somalia tunggu bantuan makanan. Ini dah gaya mangsa banjir dah masing-masing beratur. Siap boleh bersila bukak kedai kopi pun ada.

So sekarang aku kena tunggu la keputusan rayuan. Pleaseeee Uitm.. Saya nak kolej. I less than 3 uitm.

Monday, September 12, 2011

Demam mengada-ada

Halluuuu hunny bunny.... Lame tak bukak mendalah ni kan....

Heh! jadi babysitter tak berjaya mana ada line internet. 3G coverage pun takde. Sedih. Balik rumah Internet pun down jugak. Orang TM kate cable bawah tanah rosak. Padahal aku tau dorang saje dengki dengan aku tak bagi nak buat kerja. Sampai hati TM.

Starting besok... Or is it today? 12 sept aku dah kena start kuliah. Yeeeeeehaaa! tak happy langsung. Ada kerja tak siap lagi. 4 tajuk untuk final project yang lecturer mintak tak buat lagi even satu pun. So mood nak belajar memang kelaut.

Paling seronok aku demam before balik, Itu namanya demam mengada. Bukan sebab nak tinggal rumah. Tapi sebab malas belajar. Flu! Macam haper je. Letih tau??? Sakit hidung ye jugak.


Life aku untuk 4 bulan akan datang. bosan!! Makin tebal la spec aku. Nerdy. omaiiiigosh! BTW... Sape la roomate baru aku nanti. Harapnya tak la jenis tidur tak tutup lampu eh. menangis tak berlagu aku nanti. Nisa dah meninggalkan aku untuk bersama dengan Izi. Semoga dia bahagia dengan teman barunya. ------>(ayat orang patah hati)

Actually, aku bukan dapat kolej pun lagi. Duduk menumpang dulu. Haha. Nanti baru mintak semula. Harap-harap dapat sebab aku tak nak duduk luar. Sewa mahal. Transport takde. Lagipun kalau duduk dalam boleh bangun lambat. Hhahahaha. Itu yang penting.

Harapan sem baru...

1] Nak belajar rajin-rajin... *Ayat wajib tiap-tiap sem
2] Tak nak buat keje last minutes... *Kalau ayat ni boleh bertukar jadi duit confirm audi R8 dah ada depan rumah sebijik.
3] Nak score final... Please.. Please... Aku desprate for good pointer ni...

Tu je.. Aku tak letak harapan tinggi sebab yang tiga tu pun tak pernah tercapai dari aku diploma lagi. Haha...

p/s: Besok aku ponteng kelas. Demam la katakan. Haha. Sorry la lecturer...