Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday



Err.. Hari without word or kurang word??

Tuesday, July 26, 2011

Pilu la kakwa..

Monday, July 25, 2011

Telur Kura-kura

Kura-kura andak bertelur. Kura-kura yang takde kapel pun boleh bertelur ke? Ke ada yang buat perkara sumbang pada kura-kura tu tapi tak nak bertanggungjawab?

Ingat itik je yang bertelur all the time tak kira ade kapel ke tak.


Haih.. Betina rupenye kau eh si pemalas.. Tau nak makan tidur makan tidur je. Dah la makan banyak. Sekarang dah bertelur. Bertelur la banyak-banyak lagi. sebijik mane cukup. Haha..

First time tengok telur kura-kura. Teruja sekejap. 



Friday, July 8, 2011

A day in Kellie's Castle

Hi all... hawau how are you?.. I hope you guys doing fine.. InsyaAllah...

Ini n3 orang gile tak boleh tidur tapi still telan white coffee and choclate cake pada pukul 0251. Haha... I know i am crazy. But who care... Mate aku kan.

Actually today i want to share some moments with you guys when we went to Kellie's Castle. For those who are or were studying in Perak, it is compulsory (ayat kene gempak) for them to go to the Kellie's castle at least once. 

Actually, Mase pergi tu, kitorang tak tau ape2 pun. Yang kitorang tau, kitorang nak pergi kenduri kahwin abang clasmate kitorang. Then, Ikhwan dengan alep sengih sengih jahat cakap kat kitorang "Korang tak bawak baju eh? kite nak pegi somewhere else lepas kenduri ni."

Sungguh mulia kan hati mereka. Tak inform kat kitorang awal awal. Tapi since Ikhwan kate tempat tu sesuai pakai baju kurung, kitorang on je. Rupe rupe nye Kellie's Castle.... Hampeh~

Mase kitorang pergi tu.. tengah hari. Ramai jugak la orang. Tapi kitorang tak rase pelik pun pakai baju kurung sebab mase tu ade photoshoot 2 pasang pengantin. Tak la rase out of place sangat. Rase cool pulak pergi tempat tu pakai baju kurung.



Tempat tu memang cantik giler kalau nak buat wedding punye photoshoot. Tapi careful la sikit. Mane tau nanti kot kot tersembul muke helen dalam gambar. Takpun encik Kellie's tu. Haha.. goosebump aku mase tulis bende ni.

For those yang tak tau, Kellie's Castle terletak dekat Batu gajah, perak. Yang famous dengan cerita cerite dari alam anker die tu. Kalau berminat nak tau cube cek dekat sini. Kalau tanye aku, aku no komen. Takuttt!!

Back to the story, takkan pengantin tu je nak bergambar. Kitorang pun nak jugak kan....


See. Banyak kan tempat nak melaram ambik gambar. Cerite Antoo fighter pun buat dekat sini.

Kalau sape sape nak pergi better bawak gps. Susah woo nak cari tempat die... Haha.. Tipu je. Kellie's Castle ni terletak dekat tepi jalan je. Sebelah dia ade kuil. Asal nampak signboard batu gajah tu ikut je la. Sampainye nanti sebab batu gajah tu bukan besar mane pun. Nak jalan kaki pun boleh. Kalau dah sampai Kellie's Castle tu, pergi la terus jalan kat Hospital batu gajah. Wad bersalin die sebelah kubur kristian. Dah la bangunan lame. Scary habis la. Ala ala suster ngesot gitu.

Untuk sape sape yang layan cerite Anna and the king, salah satu filming location die ade dekat Clearwater Sanctuary resort. Dekat batu gajah jugak. Boleh la melawat tasik yang jadi one of the filming location die.

Rasenye cukup la aku jadi tourist guard yang tak bertauliah. Aku tak pandai bagi direction ok! Aku akan sebut "masuk sini" instead of "Masuk kiri/kanan" sebab kepale otak aku lambat nak translate mane kiri mane kanan. Ye ak tau aku cacat. Haha~

Last word: Pergi la jalan dekat perak. Banyak tempat yang best-best. 3 tahun aku dekat situ, zoo taiping je aku tak pergi. Yang lain sumer dah jejak. Almost semua. Sampaikan muzium pasir salak tu pun kitorang pergi. Takde kerja.. Biasa la.

Peace~

Wednesday, July 6, 2011

Kisah cinta: Aku & jiran sebelah

Mase mule mule cuti, Aku tak perasan pun jiran baru dah bertukar rupe. Ingatkan nurse tu lagi. Tapi kalau nurse tu kenape lak ade sofa kat luar dengan kereta 2 3 bijik depan rumah. Die duduk dengan suami die je rasenye.

Sampai la adik aku bg tau jiran baru dah bertukar. Then 1 hari aku pergi beli barang dapur *cewah!, adik aku kate "Kak tu jiran kite tu" Sambil tunjuk sorang cashier kat situ.

Aku pun dengan aura kerek tanye dia balik "So? Ade kaitan dengan kakak ke?"

Tapi sekarang......

Kalau aku nampak die keluar rumah mate aku terus je lekat dekat dia. Haha. Gatal.... Saje je buat gosip artis popular untuk mengelakkan cuti aku yang panjang ni bosan dan kaku sahaja. *Ayat power gile.

Jadual kerje die pun aku tau! Name die.. Muhammad Naim. Yeah!! Hebat tak. Tapi yang tak best nye aku bukan jenis nak beramah mesra dengan jiran tetangga kan. So aku buat tak tau je la even mase aku sidai baju die pun ade dekat luar.

So, aku buat keputusan untuk buat surat untuk dia.

Wawa Binti Ayie
address
6th  July 2011

Kehadapan jiran sebelah rumah.

Ape khabar? Saye, budak perempuan yang duduk sebelah rumah awak.

Saye ade satu je soalan, Kenape awak tak nak tegur saye ha? awak tau tak mase adik awak hantar mee bandung dekat rumah saye, saye sangat gembira kerana mak mentua saya sangat baik hati dan pandai memasak. Nanti saye masak sedap sedap saye hantar dekat rumah awak pulak ek?

Saya akan pastikan sebelum saye balik chenor awak kene barcakap dengan saya. Haha

Bye.

p/s: Yang benar nak kene isi kat kanan ke kiri ha?? 

Yang benar,

wawa

Lebih kurang la. Haha~ Tak pernah hayat aku tulis surat dekat jiran sebelah.


Hensem kan jiran sebelah rumah aku. Kalau sape sape nak kenal pun boleh. Aku tak berkire pun. Sharing is caring kan.

Jom makan hash brown lepas tulis surat. Peace~

Tuesday, July 5, 2011

Teknik meraih simpati

Monday, July 4, 2011

OMG!! I baked my blog

My blog! Masuk dalam oven today. Huuuu.... Bile keluar jadi macam ni:


Serious shoot sedap! Tapi nak siapkan sebijik kek tu gaye nak siapkan hantaran kawen je. Dah la sorang2 buat. Memang tekontang kanting la. Mak takdekan. Bile mak tau aku nak buat kek dia kate: Mak takde baru nak buat kek. 

Hehe~ Peace mak. balik nanti mak makan ye.

So aku kena la cari url baru untuk blog aku. Choc chips dah tabur kat atas cake yang dah sah sah la kene tambah esen vanilla ni dah selamat ditongsampahkan ke dalam perut kitorang adik beradik. 

Pape pun, jom makan kek yang dah diberi pakai baju coklat.. slrupppp.... erkkk! Semacam je rupe kek ni bile dah letak toping. Rasenye kat area rumah aku takde kerbau ngan lembu.

 

p/s: kuang asam kau ja. aku call nak mintak resipi nak wat topping kau tak angkat pun.. so aku makan kek kau tengok je la. 

Sunday, July 3, 2011

Rase nak menyorok dalam gua

Hoyehhhh!! Haluuuu....

Ade orang malukan aku! Sampai tahap tak tau nak campak mane muke ni. Aku yang rase respek dekat die mule2 terus rase nak bertukar jadi juggernaut. It started when I bought a ticket from kuantan to temerloh. Then dapat duduk sebelah mamat yang agak alim. 

Mamat tu duduk dekat belah tingkap. Sebab aku masuk lambat. Bile aku dah duduk, dia mule la macam cacing kerawit panas. Siap duduk rapat gile dengan tingkap. Tau2 je la bas trans yang short distance ni sempit. Tak macam kesatuan express. Seat besar gedabak sampai tidur macam tak nak bangun dah. Back to the story, seat sangat sempit tu aku rase giler luas sebab mamat tu kalau boleh bukak tingkap aku rase dia dah terjun ke bawah.

kemon la! Aku bukan nak buat ape2 pun. Aku nak duduk je. Tak pernah lagi ade kes aku lentok dekat orang sebelah tau. Dia tak senang duduk, aku pulak tak senang hati tengok dia macam tu. Dalam otak aku fikir benda yang bukan2. Aku fikir dia mesti mengate aku dalam hati kan.

Tapi aku tak buat salah! Aku naik bas on a sunny day. Bukan Breaking dawn ke Eclipse ke. Siang hari matahari terpacak atas kepala lagi kalau jam baru pukul 2pm. Then, bile pakcik tu tutup pintu bas dia terus bangun. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat dia.

"Nak lalu boleh? banyak lagi seat kosong kat belakang tu."

Sentap giler ayat dia kan... .... huh! Mase dia cakap tu, pompuan dekat depan aku pandang2 aku, yang dekat sebelah pun pandang2. Kalau la boleh aku tukar jadi kecik memang aku buat dah. Aku bukan tak mau tukar seat. Tapi aku selalu tak bernasib baik kena halau dengan tuan seat yang sebenar. Sebab tu la aku ambik keputusan duduk diam diam dekat tempat aku. Tapi........

Aku jerit macam ni la dalam bas tu


Aku paham dia tak selesa. Go on je la nak tukar tempat. Tapi segan jugak la bile dia buat aku macam tu. Aku balik rumah, citer kat ja, die gelak2. Pastu mase tu agak panas. Dia kate mamat tu tinggal dosa duduk sebelah2 tu dekat aku la kot. Ngek la kau. Bukan aku pegang2 dia pun. Jarak kitorang duduk tu gajah pun boleh lalu tau.

Sampai kat simpang chenor aku nak turun, aku pandang mamat tu. Dia duduk belakang sekali la. Seat single. Nape kau dari awal tak beli tiket untuk seat single hah?? dah malukan aku baru nak pergi seat single. Baling heels 4 inchi biar terpacak dekat dahi baru tau.

Patut nye mamat tu naik teksi sorang2. Takde masalah aku-lelaki-kau-perempuan-kita-bukan-mahram-so-kau-tak-boleh-duduk-sebelah-aku.

Nak makan menda ni boleh tak? nak sekarang!!
p/s: Mak cepat la balik. Tadi mase masak ikan, minyak panas kena kaki.. Sakit. Biase la anak ditinggalkan. Kena la survive sendiri.

Friday, July 1, 2011

Jonker walk in my house...

Salut.....<----- Ni je yang aku tau selain dari bonjour..

Mase aku dalam gua dulu, aku dengan syaza ada projek pasar karat same2. Tapi sebab aku tercampak dalam gua yang takde intenet and 3g, and ja pun dah start belajar, projek pasar karat tu terbantut.

idea ni start bile kitorang pegi umah tok wan. dekat rumah dia ade tv ol'skool. Ja pun cakap "Wa amik gambar. Boleh letak kat blog." Kitorang pun start la mengumpul barang2 antik yang ade dekat rumah tokwan dan tok.

Ape yang kitorang dapat? Yay!! check it out.

1] GRANDAD CLOCK


Yeah! Ini die grandfather clock. Jam atok aku. Tapi sayang jam ni tak elok. Tengok la ape dah jadi. Cermin dah pecah. Maybe sebab kazen2 aku yang tak cukup umur dekat rumah tu. Tok pun takde cakap nak hantar service ke ape. Dah tak dapat nak di selamat kan kot. Sekarang jadi tempat letak barang. So, biar je la jadi khazanah dekat rumah tu. Lagipun, barang2 yang letak dekat bawah, attach to floor, bukan dekat tempat tinggi memang jahanam punya. Time budak2 kecik balik tangan dorang gatal je nak usik sane usik sini. So............ Buat mase sekarang biar dulu macam tu.

2] AKUPUNTAKTAUNAMEJAMNIAPE


Jam yang umur dia dah........ aku pun tak tau. 40 tahun kot seingat aku la. Tok aku pernah cakap jam ni lebih kurang la 40 tahun. Jam tu sekarang ni dah tak bergerak. Tapi still boleh guna sebab bukan guna bateri ke ape. Ade kunci dia lepas tu pusing pusing pusing then bergerak la dia. Aku tak pernah setting jam ni. Makcik aku tak percaya dekat aku. Dia takut aku bagi jahanam jam ni. Jam ni boleh bunyi2. Aku rase nak hempas je bila dia bunyi sampai 12 kali. Memekak je.

3] BASIKAL TUA


Dem..... cool giler! Basikal tu. That feroza tu belakang kire. Aku ade problem dengan basikal ni. dia sangat tinggi. Erkkk!! Aku rase aku yang pendek. Basikal ni baru dapat. Dulu, tok bagi pada someone. Tok kesian sebab dia takde transport so tok bagi la die guna dulu. Sekarang dia dah balik kampung halaman dia, dia pulang semula la baskal ni dekat tok. Tu yang ade dekat rumah. Bile nampak basikal ni aku rase macam nak menyanyi lagi basikal tua. Basikal ni ok lagi tau. Kalau takat nak masuk LTdL tu petik jari je. boleh lagi ni. Aku jamin body dia macam basikal baru. Besi dulu2 kan kuat. Letak bawah ujan 3 4 hari pun maintain tak demam.

4] TV TUA LAME


Tv lame. Yang ni aku tak tau sangat cerita dia sebab bukan dekat rumah tok aku. rumah tokwan tu aku jejak sekali sekala je. Tapi dekat rumah tok aku ade sebijik. mase aku kecik2 dulu aku selalu nampak. Body die kaler merah. Sekarang dalam stor kot. Nak kate tok jual memang mustahil la. Jangan nak tanye la macam mane nak gune tv ni. AKU MEMANG TAK TAU. Nak gatal2 tangan test pun tak rajin, tak tau nak start dari mane. So... tengok je la yang mampu. 

Sekian...... tu je barang tang kitorang berjaye discover buat mase ni. Nanti, kalau aku balik kampung, aku ambik gambar benda lain pulak. Lepas tu aku nak bukak rumah tok aku tu untuk orang ramai. Macam muzium. Nak masuk bayar 10 hengget. Camera is not allowed. Haha~

p/s: Mase tengah tulis n3 ni, ja call. Bile aku cakap aku tengah tulis n3 pasal tv umah tok wan dia kate hampeh sebab dah berkurun baru nak buat. Haha. Ade aku kisah? n3 aku bukan kau.