Sunday, February 27, 2011

Sungkai: Aku ditinggalkan.

Hari ni, majoriti budak BEM, termasuk Niesa pergi bersuka ria, berfoya-foya. Last2 aku kena tinggal sorang2. Heh! Salah sendiri la. Sape suruh tak nak ikut kan. Aku bukan la berlagak giler, sombong giler tak nak join aktiviti. Tapi memang hakikatnye aku berlagak, sombong, kerek. Haha! Aku baik ok! Suke ati je nak cakap macam tu. Terase tau.

Ape yang aku dengar dari Kak Wani, Sungkai tu ade air terjun dengan hot spring. Wah!!! I loike! Aku suke mandi air terjun dari mandi sungai. Mandi pantai lagi la tak. Boleh kire dengan jari je aku nak terjun laut. Dekat laut panas. Kalau air terjun sejuk je. Pastu air jatuh2 atas kepale. Memang nikmat la. Air laut ape yang bes?? Masin je lebih. Darah tinggi tau tak? Lepas tu balik mule la badan rase melekit semacam.

Aku tak sure la Sungkai tu cantik ke tak. Memang tak pernah jejak kaki pun kat sane even dulu mase dip jauh berjalan. Dorang tak tau kot Sungkai ade air terjun. Kalau tau mesti dah bawak kitorang dah. Kalau air terjun dekat Sungkai tu cantik macam ni,


Nak jugak la aku pergi. (gaye pandai berenang je). Macam ni pun bes jugak.


Haaaa. Selera sikit aku nak pergi mandi. Lepas tu aku nak pergi jalan  lalu bawah air tu. Kalau korang nak tau, ade gua dekat situ. Tak percaye pergi tengok citer Merlin. Haha~ Dang!

Lepas tu ade ape? Hot spring?? Cam ni ke?



Macam ni??? Sekarang jugak aku bagi name and bayar duit RM 15. Tapi kalau aku pergi sane, tempat tu tak cantik macam ni. aku nak buat ape?? Rugi la aku bazir hari minggu aku.

Air terjun kan?? Hmmm. Aku pernah pergi air terjun dengan kawan2 aku dulu. Awal tahun lepas. Mase tu aku part 5 lagi. Kitorang pergi Lata Mangeshkar. Huhu. Lata Mangeshkar la sangat. Aku pergi Niagra je. Tipu lagi. Aku pergi Lata Iskandar je. Kali aku tak tipu. Percaya la.


Haaa.. Aku dah kate aku tak tipu. Tu la Lata Iskandar la. Cantik kan?? Cantik kan?? Cakap la cantik. Aku rase Lata Iskandar tu cantik sangat. Sangat cantik. Cantik sangat. *DUSH!!!! get lost.



Aku tak ingat berape orang yang pegi. Tapi yang aku ingat ade 

Aku
Ajex
Maksu
Alep besar
Alep kecik
Ikhwan
Hilal
Syuk
Jemi
Haizam
Nuek
Papan
Zaim

Aku rase tu je kot yang pergi. Tak ramai. Tapi aku seronok. Aku suke keluar dengan kawan2. Aku jamin la selamat kalau keluar dengan dorang. Dorang still jaga solat even dekat mane2 pun. Calon suami tu. Kalau sape2 berminat sila call wawa di vanillachocchips@yahoo.com. 

Lata Iskandar tu on the way nak naik ke Cameron. Kalau jalan depan sikit je boleh rase suhu -1 degree celcius. Tipu! Sorry. Hehe. Tak sejuk dah Cameron sekarang. Aku je yang tak tahan sejuk. Kitorang bertolak pagi2 buta ke sane. Memang pagi la sangat. Pukul 9 janji, pukul 12 baru masing2 show up. Sabar je la. Tapi sebab kitorang menumpang orang, so kene terime la hakikat menunggu itu satu nikmat.

Sampai sane dah tengah hari. Sekejap je nak sampai ke sane. Keluar ikut tol simpang pulai lepas tu amik exit tapah ke cameron. Aku tak sure. Haha!! Sape2 nak jalan dengan aku baik bawak GPS sendiri. Sampai dekat sane, cuace ok. Takde la panas sangat. Aku rase ok je lagi nak berendam. Kawan2 yang lain lagi la. Semue macam tak pernah jumpe air. Rosila je yang tak tahan gatal. Pelik punyer perangai.

Dekat situ, cantik nak ambik gambar kahwin. Memang konpem superb. Tapi larat ke nak mendaki bukit tu?? Lain la kalau dapat hubby yang konon romantik nak angkat kau sampai atas. Memang berangan la nak dapat. Aku rase takde sape yang sanggup nak angkat orang yang berat lebih 20 kilo nak naik tangga tu.




So, Kalau la Sungkai tu tempat die tak cantik macam ni, memang sikit pun aku tak menyesal tak pergi. Lagipun, Kalau aku tak nak pergi, ade la sebabnye. Aku kan lahir bulan May. Orang yang lahir bulan May ni die punye... mmmmm.. What we call it?? Firasat eh? Macam tak kena la pulak. Tapi benda lebih kurang macam tu la. Kitorang macam boleh rase something yang akan jadi.

Aku rase kalau aku pergi Sungkai ni, aku akan jumpe katak besar. Aku kalau tak tau memang tak kisah. Tapi bila dah tau, mata mule la melilau nak cari benda tu. Dah jumpe nanti menjerit tak ingat dunia.

Moral Value: Jangan bagi tau wawa kalau tempat tu ade katak.

Thursday, February 24, 2011

The ice was broken

Lalala~ I'm totally hapy rite now. Yeah! It's a hapy-hapy. Why eh should I be as happy as I got 10 millions us dollar? Actually, today I went to immgration department to settle our grouping passport. Wattaheck I speak in english ni? Huhu. that's ok. Let us just continue with my English skills and also my superb malay skillsss. It has been a very long time since I wrote something in english. Tipu!!! Assignment semalam gune english. No no. Write somthing from my heart in english because like I said before.... I just got cukup-cukup makan for my english subject. lol~ So, this n3 is consider as kau-tulis-ape-ni-wawa-aku tak-paham-pun! Hhaha. Before people can't read my english, Better I write it in Malay. ~Typical Malay girl who don't want to at least give a try to herself! Hah!!~

Actually, it's not bcoz of Singapore-thing. But, I'm quite happy bcoz of me, mine and myself. Haha. I can get along with my new frenszzz which is gud rite? Maybe it is true when someone said we change when we are in different place and situation. So, I can talked to them freely.

And best thing is, I can remember their name now. Haha~ Kalau la ade yang bace konpem touchpad dengan aku ni. Dah dua bulan baru nak ingat name. I confused between Ain and Aina. They are completely different and I can recognize them. It just who is who that I can remember. Also same goes to Shafiq. Before I called him, I will ask Kak Wani "Erk... Sape eh name mamat tu?" What a bad memory I have. Nak beli hard disk la. Senang sikit nak ingat.

I'm happy with my current condition (Dah keluar dari ICU). Dah boleh back to normal. But the progression is a lil' bit fast. Something wrong with me? It take me half a year to get along with my clasmate before.

And lastly, I would like to announce that the ice was broken. No need titanic to crush on gigantic iceberg. Just a little effort and it would be better.

*Actually this entry should be psot on 22nd feb. But I have no enough money to buy a stamp. Haha~ Joking!

Thursday, February 10, 2011

first time hang out dengan Jaja, Ezy and Diana

Hah!!! Bile dah banyak hari xde kelas bosan pulak dah. Duduk dekat bilik takde ape nak buat. Nak balik rumah cek long tapi sebenarnya ade kerja yang kena buat. Tadi saje je cakap takde sebab malas. List2 kerja nak buat:

1- assignment building. (Tak pergi site lagi ek)
2- test building (Yang ni mcam kacang mak lodeh sikit. Sikit je la)
3- test property management (Tapi fes chapter macam bisness mase diploma dulu ek)
4- test law
5- outline report bel
6- tutorial investment 
7- basuh baju (Yang ni paling malas)
8- kemas bilik yang dah rupe titanic langgar iceberg

See. Banyak kan kerja nak buat. Tapi still boleh menghadap lappy ni. Yang besar2 tu konon yang penting la. Sumpah malas nak pegang buku then bace. Subjek lain boleh tahan lagi la. Tapi subjek law memang tak boleh hadam nak bace act. Ade berape act nak usha. Adussss!! Penin! Penin!

Sebab malas nak study, hari ni terlebih rajin nak bukak cerita pasal dinner. Dekat Cafe Fakulti Hotel management je. Budak2 part 2 dorang kene buat project. Tah mane Fatin dapat berita ni. So, kitorang pun berminat nak jadi penyumbang markah pada budak2 tu kan. Bayar RM 15 per head. Tapi kalau 5 orang, bayar harga untuk 3 orang. Kiranye kitorang makan tu RM 12 sorang la. Kira berbaloi la full set makan Rm 12 je. Haha.

Nasib kitorang mase nak pergi tu macam la tak berapa nak baik. Mase turun lif, lif tu terhentak. Woahhh!! Serious takut. Lepas tu stop tibe2. Take time pulak tu nak bukak. Dah sampai kat kereta, Diana pulak perasan yang kunci kereta tak bawak. Kene naik balik. Tapi Diana naik sorang la. Kitorang tunggu bawah. Huh!!! Memang tak boleh buat kawan betul kitorang ni. Dah sampai dekat fac tu, tak jumpe jalan masuk pulak. Dah la kitorang kene masuk awal sebenarnye. dorang ambik order sampai 2025 je. 2 3 kali pusing jugak la. Dengan kereta tersagat merata alam kan. Nasib la kitorang dapat masuk jugak. Kalau tak dapat memang makan kat luar la. Sekejap je kitorang boleh buat back up planning. Hihi.

Well, Mase masuk tu, budak2 tu seems nervous. Ayat pun cam tunggang langgang. Tapi takpe. Baru part 2 kan. Aku pun Bi cam sampah jugak! Tapi yang hampeh, Aku ingat banyak la choice makanan. Sekali tak ade daaaa. Makan je la ape yang ade. Jangan tanya aku makan ape sebab name and muke orang pun payah nak ingat. Ini pulak name makanan. Memang tak la kan.

Fes appetizer die, die bagi udang. Tapi terlupe pulak nak ambik gambar. Huhu. Tapi lepas tu die bagi mushroom soup. Eh! Silap la. Carrot Soup. Eiii!! Aku memang tak makan la kan. Dengan sweet bun pulak tu. Yang 2nd dishes tu aku memang tak sentuh. Rase sikit je. Bun aku pun Diana yang habiskan.


Aku memang alah sikit dengan carrot ni. Minum carrot susu tu boleh la sikit2. Tapi bile blend buat soup camni memang kembang habis ank tekak. Roti da xde sebab dah masuk perut Diana. Hehe.

Main courses die ape ek? Tapi ikan la. Tapi yang aku ingat ade word fillet. Tu pun sebab aku risau je die bagi aku telan fillet o fish. Haha. Bodoh sungguh la. Sekali sampai, mende tu gaye salmon fillet tu hah. Dorang sumer makan tak habis. Sebab Tak suke makan ikan. Ezy lagi pelik. duduk Tganu tapi tak makan ikan. Memang rugi la. Diana je habis sebab die tu letak je la ape depan die. confirm lenyap masuk dalam perut. Hihi. Aku pun confirm la habis sebab ikan kan faveret aku.


Last but not least... the most faveret part.......

tiramisu yang slruppppppp

brownies ala2 secret recipe punye
Desert! Desert! Aku punye brownies same dengan Ezy. Sebab orang lain dah mintak tiramisu. Nanti aku kecek la sikit kan. lol~ Brownies die average je. Tapi tiramisu die bes! Haha. Buah bluebery die tak bes. Macam tak fresh.

Jaja pulak sempat lagi usha waiter tu. Siap tanya umur lagi. Adessss Jaja. Datang nak makan. Bukan nak usha orang la. Then, meja kitorang je yang bising. Orang lain semua senyap je. Gelak tak cover lak tu. Mesti orang kat situ cakap 'budak ni tak boleh bawak pergi malis ni' Tapi kan. Kalau tengok la cerite2 hollywood, dorang bukan practise sangat table manner. LAgi2 kalau tengok program dekat AFC. Memang hancuss je. Haha. Mase budak tu hulur borang markah, semua berebut nak isi. Ade yang nak mintak resipi. Aku?? Aku berebut nak isi borang je. Semua kitorang isi excellent. Jaja kate 'kalo kite tolong orang nanti Allah tolong kite.' Ala. Bukan nak letak bad pun. Kitorang pun paham la yang buat tu pun student. Yang dah 10 tahun kerja pun buat silap. Ni pulak yang baru belajar. Aku dulu pun mase fes2 nak kene present dekat depan pun ketar jugak. Haha~



Yang kiri tu Nisa kanan tu Diana

Jaja
p/s: Ezy sorry gambar ko sorang2 xde la. Ade pun blur.

Sebenar nye, ni la fes time aku keluar dengan Ezy, Jaja and Dyan tu. Selama ni memang tak la kan. Niesa tu memang aku dah bosan dah hadap muke die dari part 1 diploma lagi dah. Sampai degree pun muke die. Haha~ Jangan marah ek Niesa. So Dari fes time keluar ni, aku rase dorang bes je. Rupe nye dorang tu lebih kurang je dengan budak kelas EMC. Kitorang je yang kerek tamau join budak kelas lain dolu2. Huhu.

Moral value: Jangan la nak jadi kera sumbang kawan dengan puak sendiri je. Tengok mase degree ni kan dah berpisah. Ade dekat Perak la, Perlis la, Dungun la. Erkkk! Dungun tu besfren Ajex je.


Wednesday, February 9, 2011

Aku takut die touching.

WELCOME TO THE CLUB

Today, I would like to introduce one of my silly molly kazen to the world. Her name is.... Morgana. Opppsss!! Terlebih dose Merlin. Name die Syaza Lina. Aku x reti la macam mane orang boleh buat link blog orang dekat dalam post. tak habis belajar lagi. Tapi berbekal kan kebolehan yang aku ada dalam bidang IT ni aku try gak. Check her out. herplatform.blogspot.com

Die tanye aku semalam pasal nak create blog. Dengan internet yang macam hidup dekat zaman Hang Tuah 5 bersaudara, aku tak boleh tolong die. Kesian. Tapi aku baik. Aku bagi la beberape name blog yang agak sempoi untuk die buat contoh. Then tadi aku cek blog die..... hmmm. Boleh tahan la for the beginner. Nak pelik ape. Family aku semue nye fast learner. Aku je yang bengap+lembap sikit.

Kira entry ni macam launching blog syaza la. (Baca dalam nada CEO bagi ucapan) So, saya nak mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pekerja baru company kita ye.


Tu la syaza. Sorry la die suke buat mulut itik sikit. Sebab dekat rumah, hari2 die makan itik masak merah. Die ni baru habis SPM. Sekarang duduk rumah menggemukkan badan. Hah ape? Tak dengar. Tu yang baju kuning tu tanye ape? Umur die? Laaa kan dah kate baru habis SPM. Aku cakap kat depan kau berborak kat belakang! Memang la tak dengar.

Ape lagi ek nak cakap pasal budak ni? Available ke tak? Entah! Mane aku tau. Takde kerja aku nak tanye pasal personal life die. Baik jahit tepi kain aku yang dah rabak ni dari jage tepi kain orang. Aku rasa kalau nak kenal lebih better go to her blog and check it urself la. Ape gune die buat blog kan. Susah2 die perah otak, aku dah cerita pasal die dekat sini. Haha. Sorry Syaza. Terlebih sudah~ Haha

Ok. cukup untuk launcing today. So, Nanti kalau Syaza Husna, Syaza Hanis ade blog aku jadi tukang promote lagi. Tu yang Nadzirah izzati, Nadhilah izzati, Nadhirah izzati dengan Nazurah izzati pun sila2 la buat blog yekk. Nazurah izzati tu ade blog tapi tak pernah nak bagi tau aku. Ape punye adik la.

Selamat maju jaya kepada Syaza Lina dengan dunia blog awak ye.

Wednesday, February 2, 2011

LAPTOP BARU!! HARI RIANG~~~

Yay!!!! Laptop baru. Dah tak bisu. Skrin dah tak goyang-goyang. Hari riang. Lalala~
Haha. Bukan laptop baru pun sebenarnye. Hantar servis je. Tapi orang tu kan.... Mental gak la aku dengan die. Aku suruh die install XP. tapi die pergi install Window 7. Ape cer??? Aku dah tulis besar-besar WINDOW XP. Pergi install window 7 wat ape?. TApi takpe. Aku pun tak pernah explore lagi kan window 7 ni. Kite explore je la. Dora the explorer kan adik tiri aku. So mane lagi gie dapat panngai tu kalau tak dari aku kan. Huhu.

Perkara yang wat aku senyum sampai telinga ialah Aku dah tak payah nak buat muke kesian aku time tengok laptop Niesa ade suara. Tengok movie sampai pagi kan. Selama ni aku tidor awal. Sebab lappy ni la bisu. Bukan boleh buat ape kan. tidor je la. Nak on9 pun xde paswod. HUuuuu~ Kesian kat diri sendiri la.

Tapi satu benda yang aku tak try lg. Broadband tu ha. tak tau la boleh detect ke tak. harap nye boleh la ye detect. Kalau tak memang jadi pekasam je la dalam beg. Niesa muke bahagia je boleh on9. Huuu~ lagi sekali kesian kat diri sendiri. Terasing sungguh dari dunie luar.

Bukan la nak compare diri sendiri dengan Niesa tu. Tapi die je yang duduk sebilik dengan aku. So die je la yang aku nampak. Haha

Ape ape pun aku ngan Niesa ok je. Takde gaduh2. HAha

Nak mandi dulu. Tak senonoh bangun2 terus nampak laptop ni. Tak sempat mandi dah terjah dulu.